Nuffnang Ads

Saturday, February 27, 2010

Perjalanan Hidup Rasulullah (6)

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Telah berlaku peristiwa yg luar biasa ketika keputeraan junjungan,
Menguatkan tanda kenabian, memberitahu sekalian, bahawa Baginda manusia pilihan,
Kawalan langit diperteguhkan, penjaga ditambah, serta dihalau hantu & syaitan,
Mana2 yg cuba ke langit, kpd mereka panah api dihujankan.

Beberapa bintang dilangit bagaikan turun mendekati junjungan,
Bersinar cahaya di tanah haram, di beberapa kawasan,
Lahirlah bersama Baginda suatu cahaya menerangi mahligai Raja Qaisar negeri Syam berkilauan,
Penduduk Makkah dpt melihat cahaya itu secara terangan.

Bergoncang istana raja Parsi di negeri Madain yg tegap kukuh,
Istana binaan Anu Syarwan, yg begitu kuat terus roboh,
Menara pencakar langit, 40 buah, melarah runtuh,
Kerajaan Kisra, terguling, terkejut, mengenai kejadian menimpa yg tidak bertangguh.

Api sembahan raja2 Parsi padam dgn sendiri,
Padam kerana kelahiran cahaya purnama junjungan yg menyinari,
Ikut terjadi, keringnya tasik bernama Sawah antara bandar Hamazan & Qum di negeri A'jam yg dikenali,
Tasik itu menjadi kering kerana sumber mata air yg kuat pancutannya selama ini terhenti sama sekali.

Sebaliknya lembah bernama Samawah yg kering kontang melimpah pula air di situ,
Dulunya dicari air untuk diminum menghilang dahaga pun tak akan bertemu,
Kelahiran junjungan di tempat terkenal di Makkah negeri pasir berdebu,
Negeri dilarang mencabut tumbuhan & memotong pohon2 kayu.

Ada selisih pendapat tentang tahun, bulan & hari lahir junjungan, di kalangan ulama & pendeta, Yang rajihnya, ' sebelum fajar hari Isnin, 12 Rabiulawal' tahun Makkah diserang tentera bergajah yg tak jaya.

Harumkan ya Allah makan junjungan yg mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.

Wassalam~

Photobucket

2 comments: