Nuffnang Ads

Monday, February 1, 2010

Dahagakan CintaNya ='(

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Saidina Abu Bakar As-Siddiq pernah berkata :

Kegelapan itu ada lima perkara dan penerangnya juga ada lima perkara iaitu:

a. Cinta dunia itu kegelapan dan penerangnya adalah taqwa.

b. Dosa itu kegelapan dan penerangnya adalah taubat.

c. Akhirat itu kegelapan, penerangnya adalah amal soleh.

d. Kubur itu kegelapan, penerangnya adalah kalimah ‘La ilaha illallah Muhammadur Rasulullah.’

e. Siratul Mustaqim itu kegelapan, penerangnya adalah yakin.


So, jom completekan kegelapan dgn cahaya penerangnya.
Jgn biarkan kita diselubungi kegelapan.
Kumpulkan 'lilin demi lilin' utk menerangi kegelapan t'sebut.

Selain 2,

Sesungguhnya iblis itu berdiri di hadapanmu,

nafsu di sebelah kananmu,

dunia di belakangmu,

anggota di sekelilingmu dan Allah juga bersamamu.

Iblis yang dilaknat menyuruhmu meninggalkan agama.

Nafsu menyuruhmu berbuat maksiat.

Keinginan hawa nafsu menyerumu ke arah syahwat.

Dunia menyeru supaya memilihnya daripada Akhirat.

Anggotamu menyerumu berbuat dosa.

Allah menyerumu ke Syurga dan keampunan-Nya.

Siapa yang menyahut seruan iblis terkeluarlah agamanya.

Siapa yang menyahut seruan nafsu terkeluar rohnya (roh kemanusiaan).

Siapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akalnya.

Siapa yang menyahut seruan anggota, terkeluarlah Syurganya.

Siapa yang menyahut seruan Allah, terkeluarlah kejahatannya dan memperolehi segala kebaikan.

Muhassabahkan diri kita kembali.
Gali erti sbnr kita hidup di dunia.

Allah berfirman :
"Aku tidak ciptakan jin & manusia selain utk beribadah kpdKU."
(Surah Az-Dzariyat:ayat 56)

Wassalam~

Yang dahagakan cintaNya,

Photobucket

No comments:

Post a Comment