Mcm biasa, lps solat Maghrib slps solat jemaah b'sama family Syaza, Syaza & keluarga pun membaca al-Quran.
Terdetik di hati Syaza utk post ape yg Syaza baca td. ;)
Firman Allah b'maksud:
Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmat kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang lebih baik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk.
(Surah An-Nahl: Ayat 125)
Allah menerangkan dlm ayat suci ini tentang cara & tata tertib dakwah Islam, iaitu hendaklah dijalan dengan:
Pertama - Dgn hikmah kebijaksanaan
Yakni dgn penjelasan yg tepat & betul, berdasarkan dalil & bukti yg menerangkan kebenaran & menghapuskan kekeliruan.
Kedua - Dgn nasihat pengajaran yg baik
Yakni dgn pengajaran yg menarik & dgn menyebutkan peristiwa2 yg mendatangkan iktibar, supaya mereka mematuhi perintah2 Allah & menjauhi larangannya.
Ketiga - Hendaklah berbahas dgn golongan yg menentang dgn cara yg sebaik2 nya
Iaitu dgn lemah lembut & kata2 yg baik kerana cara yg demikian dpt melembutkan pertentangan mereka.
Syaza ade gali folder Syaza & terjumpa nie,
Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.
Zaman dah berubah, dunia mkin maju, teknologi mkin b'kembang.
Dgn menggunakan alam maya nie, hanya menekan keyboard kita boleh sebarkan byk p'kara.
Jadi gunakannya dgn betul.
InsyaAllah dgn niat kite yg btul utk b'dakwah, InsyaAllah Allah akn memberi rahmat atas niat & seterusnya perbuatan kite.
InsyaAllah dgn panduan nie, kite dpt p'betulkan cara2 kite b'dakwah. InsyaAllah. :)
Wassalam~
No comments:
Post a Comment