Nuffnang Ads

Thursday, February 25, 2010

Perjalanan Hidup Rasulullah (5)

Assalamualaikum Pictures, Images and Photos

Lahirlah sudah junjungan ke dunia, tapak tangannya melekap ke bumi, kepala mendongak ke arah langit tinggi,
Itu menunjukkan keagungan & tinggi peribadi,
Juga isyarat atas keluhuran martabat mengatasi semua kejadian Ilahi,
Juga menunjukkan bahawa dia kekasih Allah, elok kelakuan & budi pekerti.

Bondanya memanggil nenda junjungan, Abdul Mutalib yg sedang tawaf di Kaabah Ilahi,
Dgn segera pulanglah ia, melihat sendiri cucunya Muhammad dgn penuh rasa kegembiraan hati, Lalu ia membawanya ke Kaabah & berdoa dgn hati yg suci,
Ia bersyukur kpd Allah mendapat limpahan yg tidak terperi.

Dan lahir junjungan sedia bersih sudah berkhatan sudah tanggal pusat dgn kuasa Ilahi,
Semerbak harum, berminyak, serta celak kedua-dua mata sekali,
Ada ulama berkata, Abdul Mutalib mengkhatankan selepas lahir junjungan 7 hari,
Berpesta dia kenduri serta menamakan junjungan dgn nama Muhammad yg ertinya lelaki terpuji.

Harumkan ya Allah makam junjungan yg mulia,
Dengan kata2 ucapan selawat & selamat sejahtera.

Wassalam~

Photobucket

No comments:

Post a Comment