Nuffnang Ads

Friday, April 23, 2010

Mari Aku Bawa Kamu Ke Tempat Kerjaku Dahulu.

Assalamualaikum.
Sebelum ini, Syaza ada beritahu kamu semua yang Syaza akan bawa kamu ke bekas tempat kerja Syaza. Jadi, hari ini Syaza akan bawa kamu mengembara bersama Syaza.
Gambar tak lah banyak sangat. Tapi, cukup untuk tatapan kamu semua. :)
Tengoklah ek!

Bersama Maryam.

Pabila kebosanan melanda diri, inilah hasilnya. Buku tempatku mengarang cerita, kini menjadi tempat melukis pula.



Inilah barang-barang yang dijual di bekas gerai tempat Syaza bekerja. Produk Ana Muslim. Gambar ketiga tu pula, diari 2010 a.k.a jadual Syaza. Apa yang dikepit di atasnya? He~ Kursus Perguruan Lepasan Ijazah untuk Lepasan SPM.

Ini surau, tempat Syaza mendekatkan diri kepadaNya dan tempat Syaza melenakan diri seketika. Eh, terlepas pula. He~

Inilah Masjid Negeri Sabah. Masjid ni terletak bersebelahan dengan tempat kerja Syaza. Setiap hari Sabtu, berjalan kakilah Syaza ke sana. Surau tak buka.

Gambar puas-puas dengan Masjid Negeri kerana Syaza tahu, walaupun dekat tapi mesti tak ada masa nak tangkap gambar lagi.

Jalan-jalan ke belakang tingkat satu, selepas balik dari surau. Tinggal gerai jap, pergi jalan-jalan. He~ Ni sedang menghiburkan hati dengan menyanyi.

Tempat letak motor Syaza. Nampak tak motor Syaza yang maroon tu. Yang nampak hujung-hujung tu. Kenapa tak banyak motor? Lupa pula. He~ Kalau tak memang penuh.

Kawasan persekitaran.

Kapal terbang memang selalu lalu atas bangunan ni. Syaza tak nampak, selalu dengar je. Tapi masa ni, sempat tangkap gambar lagi.

Tempat Syaza bekerja dahulu. Jual baju muslimah juga! Beg Syaza yang sudah ditukar. Sebelum ni guna beg lain. Banyak harta karun kat dalam beg tu. He~


Ni pula hari terakhir kerja.

Syaza tak sempat nak tangkap gambar dengan kakak-kakak dan kawan-kawan kat situ. Semua sibuk dengan kerja masing-masing. Lagipun, seganlah orang ramai tengok.

Ini sahaja yang Syaza dapat kongsikan dengan kamu semua.

Sekarang sedang pening memikirkan cerita untuk kamu. Sebenarnya, memang sudah ada, tetapi ada masalah sikit. Syaza harap kamu sabar menunggu ya. Maafkan Syaza ya. :'(

Wassalam~

No comments:

Post a Comment