Nuffnang Ads

Sunday, April 25, 2010

Pabila Bekalan Elektrik Terputus, Ini Yang Aku Lakukan.

Assalamualaikum.

Sebenarnya Syaza nak post hari Sabtu, tapi Allahuakbar, tahap kemalasan yang agak kritikal melanda diri ini. Hari Sabtu kat rumah Syaza, bekalan elektrik terputus sebelum Maghrib. Masa bosan-bosan, Syaza tulislah apa yang terlintas di fikiran Syaza ni.

Inilah hasilnya.



Teringat gambar ni, masa puasa tahun lepas. Ini, memang serius tak ada current. Tapi, bukan penghalang untuk kita beribadah.
Credit: Khairah

Cahaya lilin menyinari gelap malamku pada hari ini.
Kenapa?
Kawasan rumahku, tiada bekalan elektrik yang dapat dirasai.
Aduh, romantik sungguh aku rasa jika begini.
Petikan gitar yang dimainkan oleh ayahku bergema di rumahku seketika tadi.
Aku tidak menyukai atau bahasa kasarnya aku benci.
Kerana ia mengganggu kensentrasi.
Malam-malam begini, kan bagus kalau kita rehatkan diri.
Sepuas hati.
Mungkin ada yang tidak selesa,
Kerana tiada angin yang menyapa pipi.
Oleh sebab kipas yang tak berfungsi.

Bekalan elektrik terputus sejak daripada tadi.
Sebelum Maghrib menjelma pada senja hari.
Yang wajib tetap aku tunaikan untuk menambah pahala pada diri.
Kerana aku tahu, dosaku sudah menggunung tinggi.
Ya Allah, ampunilah segala dosa-dosaku ini!

Seusai solat Maghrib,
Aku cuba memikirkan apa yang patut aku lakukan selepas ini.
Buku ' Dalam Sujud Cinta ' aku tatapi dan membacanya dengan penuh emosi.

Rasa kecewa melanda diri.
Pabila satu soalan menerjah ke kotak mindaku ini.
Bila nak terbitkan cerita baru dalam blog yang satu lagi?
Ya Allah, serabut kepala dibuatnya kalau begini setiap hari.
InsyaAllah, sekejap lagi.
Sabar menunggu ya, duhai kekasih hati.
Wah, sudah ada gelaran untuk 'pengikut' yang aku sayangi!

Alhamdulillah, bekalan elektrik sudah dapat dirasai.
Selepas solat Isyak sebentar tadi.
Lilin aku padamkan supaya tidak lagi menerangi.
Kerana aku rasa membazir jika membiarkan ia membakar diri.
Rasa diri ini terlalu hina dipandang Ilahi.

Taubat Pictures, Images and Photos

Hinanya diri ini. :'(



Kini, lampu neon pula yang menggantikan diri.
Ia tidak mengorbankan diri, tetapi ia cuma menghasilkan cahaya setelah elektrik telah diberi.
Sangat berbeza bukan, wahai rakan yang kusayangi?
Aku akan berhenti di sini.
Tiba-tiba persoalan timbul di kolam hati.
Betulkah pilihanku ini? -_-"
Jangan hiraukan barisan terakhir itu ya, duhai kawan sejati.

Dah, habis dah. Panjang bukan? He~
Syaza nak beritahu kamu semua, 18.05.2010 ni Syaza ada temu duga lagi.
Temu duga apa?
Temu duga Kursus Perguruan Lepasan SPM di Kampus Kent, Tuaran.
Ya Allah, kena persiapkan diri sekali lagi.
Alhamdulillah, Syaza harap Syaza dapat terpilih untuk masuk ke Maktab Perguruan ni.
Syaza dapat kursus Matematik Pendidikan Sekolah Rendah.
Doakan Syaza ya!

Pada 22.04.2010, tepat jam 3.04 petang hari tu, Syaza dapat satu pesanan ringkas dari sahabat Syaza. Ingin Syaza kongsikan dengan kamu semua.

- Di sebalik hati yang tersirat -
Setiap SENTUHAN ada yang rasa ia menyenangkan. Tapi ada juga yang merimaskan.
Setiap RENUNGAN ada yang rasa ia menyenangkan. Ada juga yang rasa ia buat gelisah.
Setiap TAWA ada yang rasa ia menyeronokkan. Tapi ada yang rasa ia sinis dan jelek.
Setiapa GURAUAN ada yang rasa ia menghiburkan. Tapi ada jua hati yang terluka kerananya.
Tapi,
Setiap TEMAN meskipun terkadang ia menghiris hati tetapi ia tetap kawan.
Kerana kita sentiasa belajar memaafi dan menghargai.
Kerana jua setia.



Itu sahaja untuk post kali ini. Maaf terlalu panjang. Terima kasih kerana membaca.

Wassalam~

No comments:

Post a Comment