Apa khabar semua? Sihat? Syaza harap semua sihat ek. Kamu jangan risaukan Syaza. Kalau yang tak sihat tu, makan ubat lah. Tak pun, rehat sekejap. Tidur ke. Nanti kalau makin sakit, tak dapat baca blog Syaza. He~ ;)
Kepada yang tak berapa sihat tu, Syaza doakan kamu cepat sembuh ya. Amin.
oK, tadi pagi Syaza pergi Raptai MAPEC sekolah Syaza. Eh, silap-silap! Bekas sekolah Syaza. He~
Ya Allah, tadi punyalah Syaza terperanjat. Kenapa? Syaza duduk barisan paling depan. Tak pernah-pernah. Jadi masa orang tengah sibuk-sibuk a.k.a menyibukkan diri, Syaza duduk kat kerusi Syaza. Keluarkan buku catatan dan pen. Apa lagi, mulalah Syaza berkarya. Ha~ Biasalah, kebosanan.
Di dalam kesibukan,
Aku duduk di kerusi bernombor dua belas ini,
Bersendirian.
Terlalu hadapan.
Aduhai, aku malu,
Segan.
Dahulunya, aku yang bekerja.
Tapi, kini aku hanya duduk bersahaja.
Melihat orang lalu lalang di depanku,
Aku ketawa.
Bukan!
Senyum sahaja.
Kejamkan Syaza? Ha~
Dahulunya, aku yang penat lelah menggembleng tenaga.
Membantu guru-guru supaya majlis ini berjaya.
Tetapi, sekarang aku boleh buat apa yang aku suka.
Jumpa kawan-kawan lama membuatkan aku gembira.
Pena Syaza terhenti apabila ada yang ajak berbual. Jadi berhenti di sini sahaja.
Esok dah MAPEC. Doakan semoga semuanya berjalan dengan lancarlah ek.
Syaza akan naik pentas dua kali.
1. Kehadiran emas. Maksudnya Syaza tak pernah cuti. Walau sakit manapun, Syaza tetap datang sekolah. Ada Syaza kisah? He~
2. Result SPM. Yang agak membanggakan. Tak lah bangga sangat.
Alhamdulillah.Itu sahaja. Esok, kalau Syaza ada tangkap gambar, InsyaAllah Syaza kongsikan dengan kamu semua, ya!
Wassalam~
Semoga berjalan lancar. Amin~ :) pst: banyak kucing, mintak satu boley :P
ReplyDeletewaaahhh mesti cemerlangg nih kan??
ReplyDeletecongratess okk.
wish u luckk jugakk di masa depann.
tahniah ye...
ReplyDeleteingatlah dimana tempat kita mengutip ilmu...dari kita merangkak hingga kita mampu berjalan dan seterusnya berjaya kepuncak gemilang:)
sy doa agar semua berjalan lancar...amin
ambik gambar banyak2..boleh kongsi cerita^_^
Ismail Noh: Alhamdulillah, akhirnya berjalan lancar. Kucing tu, tinggal 1 je. Comey je tinggal. Yang lain... Faham-faham je la ek. :)
ReplyDeleteAisha Saad: Tak adalah cemerlang sangat pun. he~ tQ! InsyaAllah. Amin.
K.K.K: Terima kasih! insyaAllah.