Apa khabar kamu semua?
Syaza harap semua sihat wala'fiat hendaknya.
Wah, Syaza rasa macam rindukan kamu semua!
Padahal, baru dua hari tidak menerbitkan apa-apa di blog Syaza. He~
Ok, hari ni Syaza sebenarnya tak ada idea nak cerita pasal apa.
Tapi, tiba-tiba terlintas di fikiran untuk memberi satu pendapat dan perkongsian kepada kamu semua.
Semalam petang adik Syaza dah balik dari Kundasang! Yeay! Dah tak tinggal sorang-sorang.
Itu bukan point yang sebenarnya. He~ Cuma selingan je.
Sekarangkan sedang hangat tentang kes budak 15 tahun ditembak oleh polis peronda tu.
Di sini, Syaza terangkan dahulu awal-awal ya.
Ini hanya pendapat Syaza, bukan nak salahkan mana-mana pihak. Kalau ada yang terasa atau sakit hati, Syaza menyusun sepuluh jari, memohon ampun dan maaf.
Syaza takut kalau-kalau ada pula pihak yang nak menyaman Syaza nanti. Susahlah pula. Kalau saman-menyaman ni, dahlah guna juta-juta. Aduyai, memang Syaza tak mampulah.
So, please... Ini hanya PENDAPAT Syaza sahaja. Syaza tak tahu pula pendapat kamu macam mana. So, kalau nak kongsi pandangan kamu, boleh tulis kat kotak komen ya.
Kembali kepada subjek yang Syaza nak bincang.
Sesiapa yang ada baca surat khabar Berita Harian yang bertarikh 28 April 2010?
Di muka surat 5, seluruh muka surat itu bercerita tentang subjek ini.
Tetapi, terdapat sedikit percanggahan tentang subjek ini di muka surat yang sama.
Pihak peronda memberitahu bahawa, rakan mangsa melarikan diri sebelum mangsa ditembak.
Tetapi, rakan mangsa memberitahu bahawa mangsa ditembak dan mati di ribanya. Dia keluar untuk menyerah diri, tetapi dia dipukul dan dibelasah oleh polis peronda tersebut.
Nampak tak perbezaannya?
Jadi, di sini ada sedikit percanggahan dan kekeliruan. Siapa yang betul dan siapa yang sebenarnya salah?
Bagi pendapat Syaza, kita tidak boleh seratus peratus menyalahkan pihak polis, kerana kita masih belum dapat memastikan siapa yang bersalah.
Ini kerana, ramai pihak yang menuding jari ke pihak polis. Adakah mereka benar-benar bersalah?
Jadi, kita jangan hanya menuduh pihak polis.
Persoalan Syaza, kenapa mangsa keluar malam-malam begitu?
Syaza nak beritahu sedikit di sini, kepada para ibu bapa, jangan terlalu percayakan anak-anak seratus peratus.Kadang-kala, sememangnya anak itu nampak baik, sopan dan sebagainya, tetapi, benarkah perangai dia juga sebegitu ketika bersama rakan-rakannya?
Ini kerana, Syaza juga sebagai anak, jadi Syaza tahu perangai rakan-rakan Syaza di sekolah.
Kalau diberitahu kebenarannya, ibu bapa sendiri tidak percaya bahawa anaknya itu memang berperangai seperti 'itu'. Faham-faham je lah ek.
Memang ibu bapa yang melahirkan dan membesarkan anak-anak mereka, tetapi benarkah kita memahami anak itu seratus peratus?
Cuba kita muhassabah diri.
Ok, kepada pihak polis pula, kalian hendaklah berfikir secara waras.
Kalau boleh, perkara ini tidak akan terjadi lagi. Setahu Syaza, polis hanya boleh melepaskan tembakan bagi mempertahankan diri .
Jadi, gunakan senjata itu dengan betul.
Syaza harap, perkara ini cepat-cepatlah selesai ya.
Mungkin kamu semua nampak yang kebanyakannya Syaza menyebelahkan pihak polis. Sebenarnya, TIDAK.
Selama ni, Syaza baca komen-komen tentang subjek ini, semua menuduh pihak polis. Tapi, mungkin kamu baru sedar bila Syaza tulis macam ni.
Syaza tidak menyebelahi mana-mana pihak.
Syaza sebenarnya baru pertama kali menerbitkan tentang kes yang keluar berita. Sebelum ni, memang tak pernah. Tapi, Syaza cuma nak berikan pandangan.
Kepada keluarga mangsa, salam takziah dari Syaza. Moga arwah bersama golongan orang-orang yang beriman. Amin~
AL-FATIHAH
Sampai di sini sahaja pandangan Syaza. Terima kasih kerana sudi membaca.
Wassalam~
JIka bercanggah fakta, masing-masing kena perjelaskan kepada umum. Masyarakat tak tahu tentang perkara sebenar, itu yang jadinya banyak cerita-cerita mulut. Pihak polis macam berdiam diri je, susah jugak nanti. Semoga kes ini diselesaikan seadil-adilnya :)
ReplyDeleteIsmail Noh: Betul tu. InsyaAllah, satu hari nanti kita akan tahu kebenarannya. Kalau bukan di dunia, mungkin di akhirat nnt.
ReplyDeletesetiap kekeliruan dan percanggahan itu pasti ada ubatnya jika dijalankan dengan cara islam...
ReplyDeletekebenaran tetap akan mengatasi yang palsu...time tuh kita akan tahu kisah yang sebenarnya...
dan bila dah tahu kebenarannya,bukan kuasa kita untuk menghukum sesiapa...cukup sekadar jadikan iktibar buat kita agar tidak terjadi lagi perkara seperti ini...
^_^
K.K.K: Betul tu.
ReplyDelete