Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Astaghfirullah.
Terlalu besar dugaan yang Kau berikan padaku, Ya Allah. Aku terima. Tempuhi dengan kesabaran dan ketabahan yang ada.
Tangisan di hadapanMu deras mengalir.
Tidak mampu aku menahan empangan yang sudah tidak kukuh lagi untuk bertahan.
Terima kasih kerana Kau sentiasa memberi aku kekuatan dan berikan aku jalan penyelesaian. Aku serahkan segalanya padaMu, Ya Allah.
Hati ini perlu dibersihkan semula dengan ayat suciMu kerana banyak makian yang telah aku lontarkan pada orang yang tidak punya hati budi tersebut.Astaghfirullah~
Kata-katanya terlalu menyakitkan hatiku sehingga aku terpaksa lepaskan segalanya.
Terima kasih, Ya Allah kerana Kau berikan aku kesabaran yang tinggi menggunung sehingga aku tahu titik perjalanan cerita ini.
Madam: Setiap hari Khamis tidak ada kelas. Kamu perlu buat kerja yang saya berikan pada hari Isnin untuk menggantikan SETIAP hari Khamis ya.
Bulan Oktober~
Pada pukul 12.07 tengah hari, aku menerima satu pesanan ringkas daripada seorang 'kawan' atau aku tidak tahu sama ada dia kawan aku atau bukan.
Kawan: Ada kelas Madam tak hari ni Cik Syaza oi!
Aku: Tak ada. Maaf ek, nak tegur sikit, kalau bagi mesej berbahasa sikit boleh ek.Tq. ;)
Kawan: Oh, habis yang awak tiap kali tak ada kelas, tak pernah cakap kita orang pun. Apa cerita? Berbahasa ke tu? Kita orang macam orang bodoh duduk kat kelas, tapi tak ada orang tau. Awak tu patut tegur diri sendiri dulu sebelum tegur orang lain tau.
Aku: Kan madam cakap, setiap hari Khamis tak ada kelas. Buat kerja yang madam bagi pada hari Isnin.
Kawan: Ya ke? Bila masa madam cakap. Habis tu apasal SATU KELAS yang sekumpulan dengan saya tak tahu pasal ni. Cuma memang tak puas hati arr dengan awak, cuma nak bagi tahu je. Takut awak terasa pulakan. Maklumlah takut tak ada bahasa. Tak apalah. Sorry, oK bye.
Aku: Madam bagi tau dari awal sem lagi, setiap hari Khamis tak ada kelas.
Kawan: Tu saya pun tahu.Cuma nak kepastian jelah, ada ke tak ada.
Kawan, cuba kau berada di tempat aku. Aku berikan pesanan ringkas seperti yang kau berikan padaku. Apa kamu rasa? Gembira?
Kawan, untuk pengetahuan kamu, aku sentiasa memberitahu kepada kawan-kawan jika HARI ISNIN tidak ada kelas kerana SEMUA tahu bahawa HARI KHAMIS memang tidak punya kelas.
Kawan, kamu tidak punya hati ya? Maki dan caci aku begitu?
Kawan, kau cakap SATU KELAS? Kenapa kawan-kawan aku yang lain tahu? Kamu mahu tipu aku dan buat aku rasa bersalah? Kamu tidak berjaya. Aku sudah siasat dan tanya semua. Kamu tidak puas hati pada aku, cakap sahaja. Jangan libatkan yang lain.
Kawan, kamu tahu madam cakap begitu, kamu mahu kepastian sahaja sehingga kamu caci aku begitu? Luahan perasaan yang tidak berasas.
Kamu berkata begitu sedang itu salah kamu yang tidak mendengar kata pensyarah. Lama sudah kawan. Kenapa kamu baru mahu meluahkan?
Kamu salahkan aku sedangkan itu salah kamu. Kenapa? Kamu tidak puas hati dengan aku? Atas sebab apa? Kenapa tidak cakap depan-depan?
Aku rasa kamu sahaja yang tidak puas hati dengan aku. Aku menjaga hati semua orang, tapi kenapa kamu tidak boleh jaga hati aku?
Oh, ya. Aku lupa. Kerana kamu tidak punya hati dan perasaan.
Aku balas mesej cacian kamu dengan hormat. Aku tegur dengan senyuman di belakangnya. Tapi kamu balas dengan cacian yang tidak berasas.
Aku cuba untuk tidak membiarkan amarah menyelubungi diri.
Akhirnya, empangan mata sudah tidak dapat bertahan.
Aku luahkan kepada kawan yang sedia mendengar.
Aku luahkan pada Yang Maha Esa, minta pada Dia supaya bukakan pintu hati kamu.
Sebelum ni, Syaza pernah cerita tentang rakannya mungkin. Sememangnya, mereka tidak puas hati padaku.
Kak Lal pernah kata, kita tak dapat senangkan hati semua orang. Betul! Hati orang semua lain-lain. Tapi, hati orang ni terlalu tidak punya perasaan.
Aku pernah tulis puisi di bawah dalam entri Sayang, Aku Hanya Insan Biasa. Pernah Kamu Selami Hatiku Sedalam-Dalamnya?
Teramat biasa.
Aku tidak mampu untuk memberitahu kamu semua satu persatu.
Aku bukan orang berada.
Aku hanya insan biasa yang tidak punya harta apa-apa.
Pernah kamu selami hatiku sedalam-dalamnya?
Kamu hanya pentingkan diri kamu sahaja.
Jangan pernah kamu cuba tipu diriku.
Kerana aku tahu.
Walaupun melalui suara apakan lagi bertentangan mata.
Aku juga punya perasaan, sayang.
Aku juga punya hati untuk merasai.
Jika aku undur diri, adakah kamu berani ke hadapan?
Mengganti tempatku.
Aku ganti tempatmu.
Kata seperti apa yang kamu kata padaku.
Percayalah, mungkin bukan setitis air mata sahaja yang jatuh.
Itupun, kalau kamu punya perasaan dan punya hati memikirkan diri orang lain.
Alhamdulillah, Allah sentiasa di hatiku untuk memberikanku kekuatan.
Sebenar-benar kekuatan. :)
Jangan hina aku sembarangan kalau itu salah kamu. Jangan buat aku rasa bersalah kalau kamu yang tuli. Kau cacilah aku kalau itu buat kamu bahagia, biar aku sengsara. Kerana aku tahu kamu tidak punya hati.
Hatiku luka dengan kata-kata kamu. Kamu meminta maaf dengan gaya yang tidak ikhlas.
Terlalu keji kata-kata kamu. Namun, aku telan sahaja.
Aku cuba jadi ketua yang terbaik buat kamu.
Kamu tidak tahu bilikku, aku turun tunggu kamu di pagar supaya kamu senang. Itu pun kamu tidak bersyukur?
Kamu janji pukul 9 malam, tapi kamu datang pukul 9.25 malam. Aku sanggup tunggu. Itu pun kamu tidak tahu bersyukur dan tidak mengucapkan terima kasih?
Apa sebenarnya yang kamu mahukan?
Kamu hanya cari keburukan aku dan tidak pernah mencari kebaikan aku.
Setiap manusia ada kelemahan. Adakah kamu terlalu sempurna?
Aku sanggup bawa 13 buah buku ke kelas untuk kesenangan rakan-rakan. Supaya mereka tidak susahkan diri mereka. Tidak menghabiskan tenaga mereka untuk berjumpa dengan aku. Biar aku habis tenaga, asalkan kamu semua bahagia.
Padahal, dalam kelas tu aku cuma berjumpa 5 orang rakan sahaja. Yang lebihnya aku bawa pulang untuk berikan pada rakan-rakan yang belum ambil.
Pernah kamu fikir semua itu?
Aku: Tak adalah, A. Kita tak nak susahkan dia orang. Biar dia orang senang. Kita susah tak apa.
A: Syaza... Syaza...
Kalau caci dan maki terhadap aku itu membuat kau bahagia, aku terima. Aku hanya mampu berdoa. Ya, aku tidak sesempurna sebagaimana kau 'sempurna'.
Biar aku hanya berdiam diri.
betapa lemah diriku ini,
berat ujian dariMu,
ku pasrahkan semua padaMu.
Tuhan baruku sedar,
indah nikmat sihat itu,
tak pandai aku bersyukur,
kini ku harapkan cintaMu.
Kata-kata cinta terucap indah,
mengalir berzikir di kidung doaku,
sakit yang ku rasa biar,
jadi penawar dosaku.
Butir-butir cinta air mataku,
teringat semua yang Kau beri untukku,
ampuni khilaf dan salah selama ini,
Ya Illahi, Muhasabah Cintaku.
Tuhan kuatkan aku,
lindungi ku dari putus asa,
jika ku harus mati,
pertemukan aku denganMu
Muhassabah Cinta
Edcoustic
Terima kasih kepada semua yang memberi kekuatan kepadaku. Aku bangkit semula. Kini, aku hanya mampu berdoa pada Yang Esa.
Ibu, keluarga dan rakan-rakan, terima kasih kerana mengambil berat tentangku. Ajja semakin pulih dari luka hati. Doakan Ajja supaya lebih tabah dan sabar menghadapi segala dugaan. Biar Allah balas segalanya. Biar orang senyum bahagia walau aku senyum paksa.
Senyap.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment