Apa khabar?
Syaza harap semuanya sihat wal'afiat ya. ;)
Aku: Maaf, aku tak nak terima pinangan darimu.
P: Kau terpaksa terima.
Aku: Terpaksa? Kenapa?
P: Untuk masa depanmu, wahai sayangku.
Aku: Kau membuat aku terseksa.
P: Tapi, bukan untuk selamanya. Sekejap sahaja.
Aku: Kau buat aku makin menggila.
P: Maaf, tapi kau kena terima aku juga. Wajib.
Aku: Kalau aku tolak?
P: Kau akan menyesal untuk selamanya.
Aku: Selamanya?
P: Ya. Bukankah itu akan membuatkan kau lagi terseksa?
Aku: Berat hatiku untuk terima.
P: Berat yang mungkin hanya sementara.
Aku: Baiklah, aku terima.
P: Seikhlas hati atau terpaksa?
Aku: Terpaksa.
P: Aku harap kau akan biasa.
Aku: Ya, terpaksa membiasakan diri dengan pinanganmu, walau hati ini tidak mahu.
P: Kau perlu bersedia. Dengan seikhlas hati ya. Supaya setiap perlakuanmu akan diterima olehNya.
Aku: InsyaAllah, aku cuba.
Ya, sekarang aku terpaksa menerima pinangan yang aku sendiri tidak mahu.
Walau aku tolak berapa banyak sekalipun, aku terpaksa terima.
Pinangan ini bukan pinangan yang biasa.
Sememangnya pinangan ini membuat aku sakit kepala. Mungkin.
Pinangan ini menyebabkan aku buka buku, baca satu persatu untuk aku melepasinya dengan berjaya.
Huruf P itu bukan untuk Pian, Philips ataupun Pak Mat. Tetapi ianya untuk peperiksaan. Ha~
Ya, sememangnya kita terpaksa menerima pinangan darinya, bukan? Untuk berjaya.
Walaupun susah kita terpaksa laluinya.
Tiada kata TIDAK kerana ia untuk masa depan kita.
Bak kata pepatah, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.
Kita menuntut ilmu kerana apa?
Kerana kita ingin dipandang tinggi orang lain?
Atau kita ingin mendapatkan jodoh yang lebih tarafnya dengan kita?
Atau kita tidak mahu dipandang rendah oleh orang lain?
Mungkin ada yang berpendapat sebegitu.
Tapi Syaza tahu kebanyakan dari anda, menuntut ilmu kerana ingin berjaya dalam hidup di samping bercita-cita untuk mengubah kehidupan keluarga. Betul?
Dan sememangnya kita menuntut ilmu kerana Allah.
Oleh sebab itu, kita terpaksa menerima pinangan itu untuk berjaya dalam hidup, bukan? ;)
Dup! Dap! Dup! Dap!
Jantung semakin berdebar apabila menghampiri musim peperiksaan. Itu normal.
Tidak lama lagi, aku akan menduduki peperiksaan akhir semester.
Begitu juga dengan kamu yang menuntut di IPTA. Semoga berjaya!
Kepada Kak Long, do your best! I'll always pray for you.
Doakan kejayaan Kak Long saya, ya!
Ya, dia sedang menduduki peperiksaan.
Kepada semua yang sedang dan akan menduduki peperiksaan, semoga berjaya. Syaza sentiasa doakan kamu semua.
Semoga kita mencapai kecerlamangan di dunia dan di akhirat. InsyaAllah. Amin~
Mudah-mudahan juga kita mendapat Dekan ya. Amin~
Gementar.
Hari ini Syaza bersyukur sangat sebab dapat kiriman daripada keluarga tercinta.
Terima kasih ibu sebab hantar tudung saya. ;)
Wassalam~
No comments:
Post a Comment