Nuffnang Ads

Thursday, October 21, 2010

Duhai Masa, Aku Kasihan Padamu...

Assalamualaikum.

Demi masa!
Sesungguhnya manusia dalam kerugian,
Kecuali orang-orang yang percaya, dan membuat kerja-kerja kebaikan,
dan saling berwasiat pada yang benar, dan saling berwasiat untuk bersabar.
(103:1-3)

Alhamdulillah, hari ni dapat lagi Syaza mencoretkan sesuatu. Terima kasih ya Allah kerana memberi aku peluang untuk aku berkongsi sesuatu buat pembaca. ;)

Duhai masa, aku kasihan padamu. Kenapa ada lagi manusia yang suka membazirkan kamu begitu sahaja?
Ada yang terasa? Maaf.
Bukan nak mengata, cuma nak suruh kamu rasa apa yang orang yang menghargai masa ni rasa.

A: B, petang ni main bola jaring nak? Kat padang. Pukul 5 petang.
B: Pukul 5? InsyaAllah, boleh.
A: Okay. Pukul 5 ek.
B: InsyaAllah.

Jam menunjukkan pukul 5 petang.

B: (Menunggu di padang)

Jam bergerak ke pukul 5.35 petang.

B: (Menaip sesuatu di telefon bimbit) A, turun padang tak? Kita dah kat padang ni.
A: Dia orang kata pukul 5.30 petang.
B: Em... (Masih sabar menunggu ketibaan A dan rakan-rakannya)

Jam menunjukkan pukul 5.45 petang.

A: B, maaf lambat.
B: Em...
A: Kita tunggu yang lain lagi.
B: Okay.
A: Kasihan B dah tunggu 1 jam.
B: Tahu tak apa.

Seorang demi seorang hadir sehingga jam menunjukkan pukul 6 petang. Katanya, ada ramai juga yang ingin menyertai, tapi yang hadir hanya 5 orang termasuk diri A dan B.


Apa pendapat anda dengan situasi di atas?
Apa yang anda lakukan?
Apa yang tersirat di hati anda? Marah, menyampah atau suka?

Masa dibazirkan begitu sahaja.
Janji pukul 5, tetapi menghadirkan diri pukul 6. Kamu punya pengurusan masa atau tidak ya?

Ya, insan yang mengenal diriku tahu aku bagaimana.
Kalau aku lambat sampai, aku akan beritahu awal-awal.
Orang yang bekerja denganku perlu be on time.
Perkara paling aku benci adalah menunggu orang kerana aku orang yang menghargai masa.
Setiap saat amat bermakna.

Mungkin kalau lewat 5 minit, aku boleh terima.
Kalau lebih dari itu tanpa sebab dan berikan alasan, aku tidak suka. Aku jujur di sini ya.

Aku sayangkan setiap saat yang berdetik.
Aku suka akan manusia yang tepat pada masa.

Mungkin manusia yang selalu lambat, tidak tahu ke mana hilang masanya.



Jamnya terlalu kecil, selalu hilang ke sini sana.

Nabi SAW sendiri pernah bersabda tentang MASA : "Ingat 5 Sebelum 5, Tua sebelum muda, sihat sebelum sakit, lapang sebelum sibuk, kaya sebelum miskin, dan hidup sebelum mati..

Firman Allah dan Sabda Nabi jelas menunjukkan bahawa MASA amat penting dalam kehidupan seharian kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Kalau kamu tahu kamu selalu lewat 30 minit, maka janji dengan aku pukul 6 supaya aku tidak menunggu.
Aku sudah puas menunggu.
Setiap perjumpaan atau perjanjian yang dilakukan, aku perlu tunggu orang.

Kenapa perlu bazirkan masa begitu sahaja?

Dalam kehidupan seharian kita perlulah menguruskan MASA supaya tidak disia-siakan. MASA untuk Allah, manusia dan kerja.

Aku rasa, kamu perlu menghadiri Bengkel Pengurusan Masa.
Ya, mungkin bengkel ini sepatutnya ada.

Syaza hanya nak ingatkan kamu semua, jangan bazirkan masa dengan perkara sia-sia.
Jangan buang masa begitu sahaja.
Jadilah insan yang sentiasa menepati masa supaya anda sentiasa dihargai.

Wassalam~

No comments:

Post a Comment