Nuffnang Ads

Sunday, October 10, 2010

Kalau Sudah Jatuh, Jangan Lupa Untuk Bangkit Semula Ya! ;)

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Alhamdulillah, Syaza semakin pulih dari luka sebelumnya.
Senyuman gembira cuba diukir perlahan-lahan.

Ramai orang suka dengan tarikh hari ini, iaitu 10.10.2010.
Tahun depan pula, orang akan berpusu-pusu memilih tarikh, 11.11.2011 dan seterusnya.
Perkara biasa bukan?
Ramai yang melangsungkan perkahwinan pada hari ini, tidak ketinggalan Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor a.k.a abang Kak Farah (dia yang kata, tapi cuma khayalan sahaja).
Tahniah kepada semua. Mudah-mudahan, berkekalan sehingga ke akhir hayat. InsyaAllah.

Pada tarikh ini juga, Syaza ingin mencoretkan sesuatu buat kamu.
Walaupun tidak punya idea yang menarik, tetapi Syaza juga tidak mahu melepaskan peluang untuk menulis sesuatu dalam tarikh ini.

Kalau rasa diri hina,
Kembali pada Allah Yang Esa.
Kalau rasa diri tidak sempurna,
Ingat, tiada yang sempurna di dunia ini kecuali Sang Pencipta.
Kalau rasa diri ini bukan sesiapa,
Cipta bahagia dan anda akan gembira.
Kalau rasa diri sengsara,
Ingat, Allah sentiasa ada buat kita.
Kalau rasa diri butuhkan seseorang,
Mengadu pada bonda sudah cukup selesa.
Kalau rasa diri tidak diperlukan di dunia,
Fikirlah, kenapa Allah menciptakan kita?


Bersyukur dengan apa yang ada.
Jadi diri sendiri sebab itu yang membuatkan kita gembira.
Jangan endahkan apa orang kata. Tolak ke tepi atau buang sahaja.

Jika ada yang mencaci kita, sulam senyuman kerana kita akan mendapat pahala.
Biarkan dia kalau caci itu membuat dia bahagia.
Kalau teguran kita tidak bermakna buatnya, kita dah laksanakan apa yang termampu kita.
Serahkan kepada Allah segala-galanya.
Allah uji kita kerana Allah sayang pada hambaNya.

Jika ada yang bangga akan dirinya, jangan kita mengikut mereka. Berdosa namanya.
Tundukkan kepala, lontarkan pandangan ke kaki lima.
Fikirlah, betapa hinanya kita di dunia.
Oleh itu, Allah akan berikan kita kebahgiaan buat selama-lamanya sama ada di dunia mahupun di akhirat sana.
InsyaAllah, anda akan gembira.

Jika ada yang cuba menjatuhkan kita, jangan kita tidak bangun semula.
Kuatkan iman, bangkit semula. Atur langkah dengan taqwa yang ada.
Sabar dan tabah dengan apa yang terjadi kepada kita. Semuanya pasti ada hikmahnya.
Allah Maha Mengetahui akan segala-galanya.

Jangan pernah anda berputus-asa kerana Allah sentiasa ada bersama kita.
Keluarga sentiasa memberi sokongan kepada kita.
Rakan-rakan dan orang sekeliling sedia untuk membantu kita.
Jika seorang yang cuba menjatuhkan anda, ramai yang akan membantu kita bangkit semula.



Ini sahaja yang dapat Syaza coretkan entri kali ini, pada tarikh 10.10.2010 ini.

Terima kasih kepada yang mendoakan Syaza supaya ceria semula.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan aku kekuatan untuk berdiri semula.
Terima kasih, ibu, ayah, keluarga dan rakan-rakan yang ada.

Wassalam~

4 comments:

  1. btl tu d sokong...hrp senyum selalu

    ReplyDelete
  2. btl tu d sokong...hrp senyum selalu

    ReplyDelete
  3. eeiii bukan abg kak farah tue!!!
    bf abby. dye rampas. hahaha

    ReplyDelete
  4. Tanpa Nama: insyaAllah.
    abby: abg kak farah, tp bf abby. dah selesai mslh. hahaha

    ReplyDelete