Nuffnang Ads

Monday, May 10, 2010

Perasaan Aku Pada Dia? Membuatkan Aku Ingin Ketawa.

Assalamualaikum.

Hati semakin berdegup kencang, memikirkan tentang temu duga yang akan datang.
Fikiran semakin kusut, memikirkan idea-idea baru untuk menyambung cerita Menagih Cinta Dia.
Buku NKRA masih tersadai di katil.

Kepada semua:
Menagih Cinta Dia 5 sudah boleh dibaca di blog lagi satu ya. Buat macam biasa. Macam tak tahu pula. He~

Syaza dah dapat idea untuk contest yang akan Syaza jalankan untuk kamu semua. Tapi, Syaza tangguhkan seketika kerana Syaza lihat terlalu ramai yang menganjurkan contest dalam bulan ini.
Syaza tak tahu lagi nak buat bila. Idea dah ada, tapi tengoklah dulu ya. ;)

Tiba-tiba Syaza teringatkan dia.
Menunggu kepulangan dia pada bulan Jun ini, amat menyeksakan, bukan?
Kenapa terlalu lama? Tapi, Syaza dah biasa.



Adakah penungguan aku ini berbaloi?
Atau ia hanya sia-sia?
Biarlah aku ketahuinya setelah dia pulang dari Kem Latihan Khidmat Negara.

Tatapan matanya.
Senyuman yang diukir pada wajahnya.
Memang itu yang selalu aku harapkan.
Namun, aku hanya rahsiakan.
Tidak pernah aku luahkan.
Mungkin dari hati ke hati, kami berkomunikasi.
Kerana kami tidak pernah bersuara, meluahkan isi hati.

Kata-kata cinta, luahan isi hati.
Perlukah itu semua terjadi?
Aku rasa tidak perlu.
Kerana kami hanya tahu berdiam diri, menyimpan isi hati.

Kadang-kala, bosan juga aku menunggu dia.
Walaupun ada orang lain yang hadir dalam hidupku,
Namun, kutepis akan semua itu.
Kerana aku setia menunggu.
Aku akan setia menunggu, selagi engkau juga setia menungguku.

Perasaan aku pada dia?
Membuatkan aku ingin ketawa.
Tidak perlulah kamu tanya.
Kerana aku tiada jawapan untuknya.
Mungkin Sang Pencinta akan hantarkan jawapannya untuk aku dan dia.
Wassalam~

3 comments:

  1. hehe...
    beliau dapat PLKN mana???
    saya dulu dekat bintulu sarawak...hehe

    jadikan ianya satu kisah dan pengalaman hidup yang indah...

    kenangan itu tiada nilainya...

    sangat sweet...^_^

    ReplyDelete
  2. miss havoc: tQ!

    K.K.K: kat kota belud. he~

    ReplyDelete