Nuffnang Ads

Thursday, May 20, 2010

Menunggu Kepulangan Orang Yang Disayangi, Sememangnya Satu Penyeksaan Bukan?

Assalamualaikum semua.

Wah, lepas dari temu duga tu, minda Syaza terus blank. Tak tahu nak post tentang apa.
Tetapi sekarang dah ada ilham dah yang menerjah minda Syaza.


Tik! Tok! Tik! Tok!
Kurasakan jam berdetik perlahan.
Namun, adakalanya masa pantas berlalu.
Aku tidak tahu yang mana satu.
Patutkah aku membisu?

Menunggu kepulangan dia dan dia,
Membuatkan aku mengira detik waktu.
Catatan di komputer riba, sentiasa aku tatapi.
Berapa hari lagi harus aku menyeksa diri,
Menunggu kepulangan orang yang kusayangi?


Wajah dia dan dia selalu bermain di minda.
Wajah yang kurindui sebenar-benarnya.
Kadang-kala, telefon berdering, mendengar suara ceria.
Aku turut ketawa apabila dia dan dia gembira.

Sudah begitu lama kita tidak bersua.
Tapi, kali ini, rinduku dapat kuubati jua.
Dengan kehadiran kamu, keluarga bertambah ceria.
Eh, aku tidak menipulah, wahai saudara!

Setiap saat, waktu dan ketika.
Tidak pernah aku melupakan wajah kamu.
Tidak lama lagi, sememangnya aku akan menemui kamu di alam realiti.
Sesungguhnya menuggu kepulangan orang yang disayangi,
Memang satu penyeksaan bukan?

Kak Long, Kak Farah!
Cepatlah pulang.
Ada tugasan dari Ajja untuk kamu berdua!
Bersedia ya!
Ketawa.

Sebenarnya, Syaza menunggu kepulangan dua orang kakak Syaza yang berada di Semenanjung Malaysia. Yang sulung, di Shah Alam. Yang kedua, di Perlis.
Tidak lama lagi, mereka berdua akan pulang.
Kak Long akan pulang pada esok hari.
Kak Farah pula akan pulang pada 29 Mei nanti.
Tak sabar menunggu kepulangan mereka berdua.
Sememangnya ada tugasan untuk kamu ya. He~


Perhatian:



1. Cerita Menagih Cinta Dia 7 telah pun diterbitkan! Sesiapa yang ada masa, bacalah ek!

Terima kasih kerana sudi membaca.

2.
Pertandingan Syaza masih dijalankan. Jom sertai!


Itu sahaja.

Wassalam~

2 comments: