Nuffnang Ads

Monday, May 24, 2010

Aku Semakin Jiwang? Betul Ke?

Assalamualaikum.
Pembuka bicara untuk semua. He~

Syaza sedang dilanda kebosanan yang tak berapa teramat. :P
Sebenarnya, semenjak dua menjak tiga menjak empat menjak dan bermenjak-menjak.
Jiwang dalam diri Syaza ni makin menjadi-jadi pula. Ha~
Syaza pun pelik gak.
Apa kena dengan aku ni? Ha~

Kadang-kadang masa tunggu adik ambil wuduk pun, Syaza boleh hasilkan kata-kata yang jiwang dalam kotak minda Syaza ni.
Ya Allah, apalah yang dah melanda diriku, ya Allah.

Status kat facebook pun, entah apa-apa tah. Bahaya!
Meh, kita tengok apa yang Syaza pernah tulis kat status mukabuka.
Syaza ni jarang nak tukar-tukar status. He~
Tapi, bila ada mood, ini jadinya. Bahaya!

Kenapa wajahmu yang sentiasa bermain di mataku? Sedangkan aku... Ah, aku keliru. Kini, biar aku membisu.

Duhai Cinta,Kau suntik kasihmu di dalam sanubariku,Membuatkan aku terus bangkit dari lena,Fantasiku turut terkubur dalam kenangan lama,Kini,Aku sedar aku di bumi yang nyata,Di alam realiti, aku berpijak dengan lemah dan tidak bermaya,Namun,Pabila kau hadir, menghuni seluruh jiwa,Aku berani melangkah dengan gagah,Menyelusuri kehidupan yang sebenar-benarnya.

Pabila kutunggu kau bersuara, namun tiada sepatah kata pun yang kau lontarkan untuk berbicara. Kenapa?

Bila aku mahu kau muncul, namun tidak pernah kau mahu. Tetapi, pabila aku sudah melupakanmu, kau muncul dalam hidupku tanpa permintaanku. Kenapa kau buat begitu?

Ini di antaranya. Ya Allah, Syaza pun tak tahu apa nak jadi dengan diri Syaza ni. Ahaks.

Nak lagi ke? Mari, Syaza bagi. ;)

Pabila kutatap matamu, kau membalsnya dengan tersipu malu. Kuukir senyuman di wajahku supaya tiada rasa gementar di dadaku, supaya jantungku tidak berdegup laju. Tetapi, pabila kau membalas senyumanku itu, aku buat tak tahu. Aku tak pernah memintanya dari kamu. Namun, kau berikannya setulus hatimu. :)

Setiap kali pertemuan kita, aku berserah padaNya. Kerana pertemuan dan perpisahan kita hanya kerana Dia. Senyuman yang kutujukan padamu adalah seikhlas-ikhlasnya. Kau juga begitu. Setiap kali pertemuan kita, tiada sepatah kata yang terkeluar dari bibir. Niat untuk berbicara sememangnya ada. Tetapi, aku tidak dapat mengutip kekuatan untuk bersuara. Kau juga begitu. Aku tahu. Kita diam seribu kata. Biar hati yang berbicara sahaja. Atau ia pendamkan perasaan yang tercalit di nubari? Dan ia takkan berkata sampai bila-bila. Bukankah itu jihad namanya? :)

Kau tak pernah mengeluarkan suara. Jadi, aku bisu sahaja. Tidak perlu berkata-kata.

Syaza rasa cukuplahkan? Poyo je lebih.

Sebenarnya Syaza nak siapkan cerita Menagih Cinta Dia. Tapi, bila dah online ni, malas pula. Ha~

Sesiapa ada lagu Taylor Swift yang bertajuk Love Story, boleh sedekahkan lagu tu kat emel Syaza tak?
Tak boleh ke?
Kalau tak boleh tak apalah. Hu~
Boleh? Nak emel?
Ni emel Syaza.

Syaza dah cari kat internet dah, tapi payah betul nak download. Lambat gedabak. He~

oKlah, sampai di sini sahaja.

Kepada sesiapa yang belum sertai pertandingan Syaza tu, jomlah join! Penyertaan sehingga 28 Mei 2010.

Wassalam~

2 comments:

  1. wahhhhhhhhh.........krem mulut krem....
    terganga sekejap mulut sayanih...hehe masuk lalat

    syaza...hatimu itu...kunci ketat dengan 10 000 mangga tahu...biar ALLAH ja beri dan buka hatimu kepada yang layak sahaja bila tiba masa...

    saya pesan kerana pengalaman...hehe fikirkan saja...^_^

    owh...lagu tuh...saya kalau bab download memang kuno...tak pandai langsung...hu~ maaf tak dapat bantu^_^

    ReplyDelete
  2. he~ betul bang. sbb tu syaza serahkan semuanya kpd Allah.
    tp kita kena usaha jugakan.
    oh, xpe2. :)

    ReplyDelete