Nuffnang Ads

Sunday, May 16, 2010

Cikgu, Terima Kasih Atas Segala Jasamu.

Assalamualaikum semua.

Degupan jantung semakin kencang setiap kali teringat akan temu duga nanti.
Mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan, keberanian dan ketenangan untuk temu duga pada 18hb tu nanti.

Syaza nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di Malaysia amnya dan kepada ayah Syaza, Mohammad Khasnan khasnya yang telah menceburi bidang keguruan ini selama 29 tahun.

Syaza mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa Syaza kerana merekalah guru yang terbaik bagi Syaza selama kehidupan Syaza.
Selain itu, ucapan terima kasih juga Syaza tujukan kepada semua guru yang telah mendidik Syaza sejak tadika lagi.
Terima kasih juga kepada guru-guru yang membaca blog Syaza yang tidak seberapa ni ya.

Terima kasih semua!
Doumo arigatou gozaimasu!

Ini hadiah penghargaan untuk para guru ya!
Jasamu akan kukenang sampai ke akhir hayatku, InsyaAllah!

teacher Pictures, Images and Photos


Cikgu,
Kamu mendidikku di bangku sekolah,
Kamu memerah keringat menyampaikan ilmu kepadaku,
Kamu melayan kerenahku yang nakal dengan sabar,
Kamu menempuh segala dugaan semata-mata untuk berkongsi ilmumu,
Terima kasih cikgu,
Atas segala penat lelahmu.
Tiada dapat kubalas jasa-jasamu,
Aku hanya mampu mengenang jasamu.
Terima kasih atas segalanya!


Seterusnya, Syaza nak ucapkan terima kasih kepada semua yang telah menyertai pertandingan yang Syaza adakan.

Ada yang belum sertai?
Jom sertai pertandingan Syaza!

Masih ada banyak masa lagi.

Apa-apa pun, terima kasih semua!

Wassalam~

No comments:

Post a Comment