Nuffnang Ads

Tuesday, May 18, 2010

Apa Yang Aku Mahu Ceritakan Ya?

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Alhamdulillah, akhirnya dapat juga Syaza post something here.
Alhamdulillah, buat masa ni semuanya dah selesai.
Temu duga tadi, alhamdulillah dah beres.
Terima kasih kepada yang telah mendoakan Syaza. :)
Tiada apa yang dapat Syaza balas.
Mudah-mudahan kamu semua sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. Amin~

Temu duga tadi alhamdlillah agak oK lah.
Penemuduga yang ramah, kelakar dapat menyenangkan hati para calon.
Alhamdulillah.
Sekarang ni, cuma perlu doa dan tawakal kepadaNya.

Hah, sekarang baru Syaza ada mood nak post entri baru.
Sebab selama ni, memang hati ni agak gusar dengan temu duga ni.
Nak tulis cerita pun tak ada mood.
Tapi, alhamdulillah sekarang ni dah boleh senyum lebar. :)

Ada yang belum menyertai pertandingan Syaza?
Jomlah join. :)

InsyaAllah, cerita Menagih Cinta Dia 7 akan diterbitkan tidak lama lagi.
Sabar menunggu ya!

Syaza mengalu-alukan penyertaan kamu untuk pertandingan Syaza.
Masih perlukan masa?
Tak apa, banyak masa lagi.
oK!

Nak Syaza ceritakan tentang temu duga tadi ke?
Syaza cerita sikitlah ek.

Lepas ujian INSAK, Syaza kena temu duga kumpulan dan individu.
Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar walaupun agak gugup dan ketandusan idea.

Satu soalan yang menarik perhatian Syaza ialah:

Penemuduga: Status perkahwinan?
Syaza: Bujang.
Penemuduga: Bujang trang tang tang.
Syaza: Senyum.
Penemuduga: Sudah berpunya?
Syaza: Belum.
Penemuduga: Belum?
Syaza: Belum. Allah yang punya.
Penemuduga: Senyum. Saya ada anak lelaki, kamu nak tak?
Syaza: Tergelak kecil. Tak apalah.
Penemuduga: Tak apa? Senyum.


Penemuduga yang agak sempoi dan ramah memang Syaza suka. He~
Oklah, Syaza rasa, buat masa ini, ini sahaja.
Nanti kalau ada cerita lain, Syaza cerita ek.

Jangan lupa sertai pertandingan Syaza ek!

Wassalam~

2 comments:

  1. hehe...tahniah sudah lepas temuduga...

    tapikan syaza...senario temuduga sekarang agak berlainan...kalau dulu..kita sangat risau sebab interview itu sangat teliti dan skema...hehe

    tp sekarang ianya sama cuma pendekatan agak berbeza...agak sempoi dan boleh gelak-gelak lagi..hehe tak kiralah apa agensi,syarikat atau badan sekalipun...huhu

    tapi cemas memang ada...hehe
    tahniah sekali lagi...
    ^_^

    ReplyDelete
  2. terima kasih bang. sbnrnya, ia terpulang pada penemuduga. alhamdulillah, penemuduga yg syaza dpt agak sempoi. :)

    ReplyDelete