Nuffnang Ads

Monday, May 10, 2010

Pertandingan Kak Zara. Jom Join!

Assalamualaikum pembuka bicara,
Pertemuan mesra di hari yang ceria.

Apa khabar semua?

Hari ini terbit di hati Syaza untuk menyertai pertandingan yang dianjurkan oleh Cikgu Zara atau dipanggil Kak Zara oleh Syaza sendiri.

Pertandingan ini sempena Hari Guru yang akan berlangsung pada 16 Mei. Seperti yang kita ketahui, guru merupakan ibu dan bapa kita yang kedua di sekolah. Jadi, adakah Cikgu Zara akan dianggap ibu kepada anak-anak muridnya dalam usianya yang muda ini? Mungkin, guru sebaik Cikgu Zara akan menganggap dirinya sendiri secara tidak langsung akan menjadi teman kepada para murid.

Ok, membebel pula Syaza nikan. Macam nak markah lebih je. Ha~

Syaza bertekad untuk memilih tema: Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya dan Kalau Saya Sendiri Adalah Cikgu Zara.

Wah, tamak pula.

Kalau Cikgu Zara cikgu saya, saya akan belajar bahasa-bahasa yang mantap dan menarik daripadanya. Ini kerana cerita Legasi Cerita Alisia yang menarik perhatian saya untuk terus membaca yang mempunyai perkataan yang agak baru daripada saya. Bukan di dalam ceritanya sahaja, namun dalam penulisan blognya. Saya senang membaca semua penulisannya.

Kalau Cikgu Zara cikgu saya, saya nak mempelajari tahap kesabaran dan ketabahan yang Cikgu Zara ada. Kenapa? Sebab, walaupun banyak cacian dan hinaan yang diberikan olehnya oleh orang yang tidak berperikemanusiaan, namun dia tetap tabah dan sabar menghadapinya. Dia hanya melontarkan ketawa, walaupun mungkin ia ketawa paksa atau ketawa duka. Cikgu Zara selalu mengukir senyuman, walaupun ia mungkin senyum duka dan lara. Cikgu Zara menyorokkan kesedihannya di sebalik senyumannya.

Ok. Sekarang Syaza nak bayangkan ‘ Kalau Syaza Adalah Cikgu Zara’. Jap. Nak tukar tudung. He~ Tak adalah, saja je.

Kalau saya adalah Cikgu Zara, saya akan menyampaikan segala ilmu yang saya ada untuk anak-anak murid saya supaya mereka dapat mencapai impian mereka.

Kalau saya adalah Cikgu Zara, saya akan cuba memperbetul diri dan cara mengajar untuk para murid supaya mereka mudah memahami akan subjek yang saya ajar.

Kalau saya adalah Cikgu Zara, saya tidak akan menjadi seorang ‘guru’ kepada mereka, namun saya akan menjadi seorang ‘ teman ‘ kepada mereka. Supaya mereka lebih senang untuk bergaul dan berkongsi masalah serta pendapat mereka.

Syaza rasa cukuplah 5 ya. 2 untuk tema, ‘ Kalau Cikgu Zara Cikgu Saya’ dan 3 untuk, ‘ Kalau Saya Sendiri Adalah Cikgu Zara’.

Ini sahaja yang terkeluar dari minda Syaza.

Cikgu Zara,
Untuk pengetahuanmu, penulisanmu tidak seteruk mana.
Namun, ia terlalu baik untukku.
Mungkin para insan yang buta hatinya sahaja yang akan melontarkan kata-kata cacian dan hinaan.
Mungkin mereka cemburu akanmu.
Kerana mereka tidak sekreatif kamu.
Mereka tidak pandai berkarya seperti kamu.
Jangan pernah kamu berhenti,
Kerana ramai yang menjadi tulang belakangmu.
Pembaca blogmu akan sentiasa berada di hati kamu bukan?
Biarkan sahaja mereka. Sabar ya.


Itu sahaja. Terima kasih kerana sudi membaca.:)

Wassalam~

4 comments: