Nuffnang Ads

Friday, May 14, 2010

Kita Tetap Juara!

Assalamualaikum semua!

Apa khabar?
Kamu dah sertai contest yang Syaza adakan?
Belum?
Tak apa, take your time, ok!
Syaza amat mengalu-alukan penyertaan kamu semua! :)

Mesti semua dah tahu apa yang Syaza nak ceritakan, bukan?
Sekarang ni, memang hangat dengan Piala Thomas.
Alah, yang badminton tu.

Tadi, jam 7 bermulanya pengharapan seluruh rakyat Malaysia untuk merangkul Piala Thomas 2010.
Perlawanan antara Datuk Lee Chong Wei ( Malaysia ) dengan Lin Dan ( China ) amat mendebar ramai pihak.
Mungkin ramai di antara kamu yang menitipkan doa ketika melihat perlawanan tersebutkan?
Paling tidakpun, selawat banyak kali.
Semua itu lumrah bukan?

Tapi, walaupun kita tewas di tangan China, itu tidak bermakna kita patut berhenti menyokong team Malaysia.
Perlawanan yang agak sengit dan mencabar serta mendebarkan, memang itu yang kita nanti-nantikan.

Set 1: Perlawanan menyebelahi Lin Dan dengan mata 21-17
Set 2: Begitu juga dengan mata 21-8

Walaupun dalam set yang kedua, mata yang diperolehi agak mengecewakan, namun ia tidak bermakna itu adalah titik noktah kita.

Sekarang ni, sedang tunggu Wong Choong Hann untuk beraksi.

Walaubagaimanapun, Kita Tetap Juara! Yeah!
Wah, bersemangat patriotik betul Syaza nikan.
Of course.
Dalam hati Syaza, Malaysia tetap yang pertama! :)

Kalau bukan kita yang nak sokong negara kita, siapa lagikan?

Saya Bangga Jadi Anak Malaysia!

Apa-apa pun, tahniah dan syabas kepada barisan pemain badminton negara kerana dapat melayakkan diri ke separuh akhir.
Itu dah cukup membanggakan Syaza.

Sementelahan, keep going!
Be the best, beat the rest! InsyaAllah, one day.

Malaysia Boleh!
Boleh bha kalau kau. :)


malaysia Pictures, Images and Photos


Jangan lupa sertai pertandingan yang Syaza buat tu ek! ;)
Terima kasih.

Wassalam~

No comments:

Post a Comment