Nuffnang Ads

Tuesday, November 25, 2014

Senipis Tisu


Hati Senipis Tisu


Hati ini ibarat tisu.
Tebalnya hanya senipis tisu.
Pabila terluka payah untuk ditampal semula.
Walau koyaknya hanya sedikit, maka yang selebihnya perlu dijaga.
Kerana nipisnya boleh membawa seribu satu makna.
Nipisnya boleh memberi kesan untuk selamanya.
Nipisnya boleh buat orang lupa segalanya.
Nipisnya boleh buat orang sakit untuk jangka waktu yang lama.
Kerana nipisnya ia.

Namun, nipisnya itu boleh menghapuskan air mata.
Nipisnya itu boleh buat kita kuat.
Nipisnya itu boleh buat kita sedar.
Sedar bahawa diri ini bukan selemah yang disangka.
Sedar bahawa diri ini bukan boneka yang boleh dipermainkan oleh dunia.

Hati ini ibarat tisu.
Tebalnya hanya senipis tisu.
Nipisnya ia namun tebalnya hanya orang tertentu sahaja yang tahu.
Orang yang tahu guna hatinya.
Orang yang tahu jaga hatinya.
Orang yang tahu jaga hati yang lainnya.

Hati ini ibarat tisu.
Jaga dan pelihara.
Moga hati yang senipis tisu ini mampu setebal buku.
Moga hati yang mudah terkoyak ini mampu jadi sekeras batu.

251114
SyazaSyafeeqah

6 comments:

  1. salam syaza,
    syaza ditag dlm giveaway-->http://timmbill91.blogspot.com/2014/11/giveaway-blogwalking-nuffnangger.html

    ReplyDelete
  2. Nipisnya buat kita mudah terasa ^-^

    ReplyDelete
  3. Love your entries ! ^_^ Sebelum sebelum ni rasa nak menyinggah je, tapi once dah start satu entry,nak jenguk entry yang lain. hehe ^^ Ape ape pun, sy suka entry berkenaan hati. Love your words. Berhati hati dengan hati, padah membawa diri jika tidak di"ROHANI" :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. masyaAllah. Alhamdulillah. Terima kasih sakura. ;) semuanya dari Allah. ;)

      Delete