Maaf, sekiranya ada kata aku mengguris hatimu.
Maaf, sekiranya aku hanya peneman sementara buatmu.
Maaf, sekiranya aku hanya teman kau kongsi gembira.
Kerana aku hanya Manusia.
Kadang-kala kita tidak sedar yang kita sedang menyakiti.
Maaf, sekiranya kata itu buat kau sesak nafas.
Maaf, sekiranya kata itu buat kau lemah.
Maaf, aku tidak sedar aku sedang menyakiti.
Kerana aku hanya Manusia.
Menjaga hatiku merupakan perkara wajib bagimu.
Menjaga hatimu merupakan perkara sampingan bagiku.
Maaf, aku lupa aku perlu jaga semua hati manusia.
Maaf, aku lupa manusia lain juga punya rasa.
Rasa yang kita timbulkan tidak sama.
Berbeza.
Maaf, aku gagal memahami rasa itu.
Aku gagal memahami pandangan mata itu.
Aku gagal menyelami hati yang murni itu.
Kerana hati aku, mungkin hati batu.
Namun, kau tidak pernah putus asa menjadi titik-titik air.
Titisan air yang sentiasa cuba melembutkan aku.
Terima kasih kerana memahami aku.
Terima kasih kerana sabar denganku.
Terima kasih kerana tidak meninggalkan aku.
Terima kasih kerana menerima kekuranganku.
Kerana aku hanya Manusia.
0940
28112014
SyazaSyafeeqah
memang payah untuk puaskan hati orang
ReplyDelete@mama 3farhanah, kan... xpe, mengalah je. kerana mengalah bukan bermaksud kita kalah kan. ;)
ReplyDelete