Sekadar tatapan. Maaf. |
Assalamualaikum dan ollaaaaa~
Apa khabar kalian?
Perkataan MAAF masih diterima lagi tak sebab tak update blog.
Dah memang berabuk, berkulat, bersarang, semua yang 'ber' la kan...
Okay, untuk entri kali ni nak sempoi je.
Semester kali ni, jadual sangat pack.
Dari pagi hingga ke petang.
Ada yang sampai ke malam.
Malam tu memang kelas tambahan.
Kelas tambahan Taekwondo.
Ya, saya ambil Taekwondo.
Kita sama?
High-five!
Jangan tanya kenapa ambil Taekwondo.
Itu cerita lain ek. Kemudian...
La ni, nak habaq kat hangpa semua, semester ni banyak sangat program yang kena handle.
Dalam hati ni dah duk fikir nak update blog tapi tak kesampaian.
Kalau nak ikutkan masa memang banyak masa, tapi banyak masa yang digunakan. Kadang-kadang tu ada juga lah yang terbuang.
Ni pun curi masa untuk tulis seuatu kat tapak ni.
Sedangkan depan mata kena ulas jurnal Matematik.
Maaf ya.
Syaza bukan tak ada masa, cuma tak menyempat.
Masa.
Memang sangat berharga.
Tapi, yang banyaknya kita biarkan ianya berlalu begitu saja.
Tanpa pengisian apa-apa.
Tak kira rohani, jasmani, emosi, sosial dan inteleknya.
Yang penting isi.
Tapi,
Ramai yang akan kata,
"Aku tak ada masalah nak buat kerja ni."
Sedangkan dia balik rumah, online 2 hingga 3 jam.
Itu bukan masa ek namanya?
Yang kau buang itu yang kau akan kejar nanti.
Menangis sorang-sorang.
Jangan persalahkan orang lain sedangkan ianya memang salah kita.
Seratus peratus.
Minta maaf sekiranya blog ni akan tak terupdate nanti.
Syaza dahulukan yang utama dulu ek.
Harap kalian faham.
Ada yang rindu ke?
Pffftttttt~
Wassalam. ;)
No comments:
Post a Comment