Nuffnang Ads

Tuesday, August 18, 2015

Penipu Punya Mak Bapak!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Aku tahu tajuk aku hari ni agak ekstrem.
Tapi, apa yang aku tulis dan katakan adalah perkara yang betul.
Korang dijemput untuk tengok video yang aku sediakan.
Tengok sampai habis ya. Haha.
Dan tolong abaikan muka aku. Haha.
Macam mana nak abaikan kalau dah video memang aku yang buat kan? Pffftttttt~
Oh ya, maafkan kerana lighting tak berapa nak okay. Haha.




Kalau ikutkan pengalaman aku, ibu ayah kita sebenarnya dah tipu kita dari kecil lagi.
Betul tak?
Contohnya makanan yang kita suka masih ada lagi dalam container , tetapi ibu ayah kita kata dah habis supaya kita boleh makan pada masa yang lain lagi. Kan? Haha.

Tapi, sebenarnya ibu ayah kita ni tipu kita adalah untuk kebaikan anak-anaknya.
Untuk memuaskan hati anak-anaknya.
Untuk tidak menyusahkan anak-anaknya.

Ibu ayah kita cari duit untuk kita.
Mereka tidak pernah mengeluh apabila kita minta duit daripada mereka walaupun sebenarnya mereka juga sudah kekurangan duit.
Maka dalam perkara ini, kita sebagai anak perlulah alert.
Jangan duk perabih duit ibu ayah kita je.

Walaupun depa 'tipu' kita, tapi itulah tanda depa sayangkan kita.
Dan kita juga kena tunjukkan rasa sayang buat ibu ayah kita.


Aku pun bukan rajin sangat.
Kadang-kadang, berat tulang juga.
Kadang-kadang buat secara terpaksa pun ada.
Tapi, yang penting kita buat.
Ikhlas ke, tak ikhlas ke, terpaksa atau rela hati, letak tepi.
Yang penting tolong ibu ayah kita.


Mereka tak pernah mengeluh untuk dapatkan kita.
Tak pernah penat untuk menjaga kita.
Tak pernah letih untuk mendidik kita.
Sampai mereka sakit-sakit badan, sakit tulang belulang kerana kita.
Tapi apa balasan kita?
Oleh itu, kepada semua dan juga diri saya sendiri, ayuh kita tolong ibu ayah kita.
Ringankan beban mereka.

Tipu mereka yang kita tak penat.
Tipu mereka yang kita tak sakit.
Tipu mereka yang kita mampu buat apa sahaja.
Tipu mereka yang kita boleh tolong ketika diperlukan.
Tipu mereka untuk kebaikan mereka dan diri kita.

Itu sahaja.
Wassalam~

15 comments:

  1. in shaa Allah smga dipermudahkann buat kita sbgai anak

    ReplyDelete
  2. ye lah kan.. itulah kasih sayang mak ayah

    ReplyDelete
  3. haah betul3. mak ayah kita selalu 'tipu' kita dari kita kecik smpailah kita dah besar pon. semuanya untuk bagi anak-anak bahagia :")

    ReplyDelete
  4. Setuju sangat. Tapi terkejut dengan tajuk tu tadi...

    ReplyDelete
  5. Bila jadi ibu bapa macamlah itulah adakala kami perlu berhelah (tipu) dengan anak-anak untuk kebaikan anak-anak mereka.

    ReplyDelete
  6. Bila jadi ibu bapa macamlah itulah adakala kami perlu berhelah (tipu) dengan anak-anak untuk kebaikan anak-anak mereka.

    ReplyDelete
  7. Bila jadi ibu bapa macamlah itulah adakala kami perlu berhelah (tipu) dengan anak-anak untuk kebaikan anak-anak mereka.

    ReplyDelete
  8. Kena tipu benda yang baik apa salahnya..tahap pemikiran masa kanak-kanak tak sama macam orang dewasa..Tapi bagus la, dah besar baru sedar kena tipu..hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha. tapi budak2 skrg mcm dah xboleh kena tipu dah. haha

      Delete
  9. sudah banyak juga suka menipu, apa perlu saya buka sekolah menipu? hehe

    ReplyDelete