Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Seperti yang kita telah ketahui artis Malaysia yang bernama Stacy telah memeluk agama Islam.
Alhamdulillah.
Tiada kata lain yang mampu diucapkan selain syukur ke hadrat Allah. Alhamdulillah.
Allah telah memilih Stacy untuk beragama Islam.
Allah telah memilih Stacy untuk diberikan hidayah kepadanya.
Alhamdulillah.
Dan nama Islam yang telah Stacy pilih ialah Ummu Shaikhah Stacy Binti Anam.
Stacy memeluk agama Islam tanpa paksaan sesiapa pun dan bukannya kerana ingin berkahwin dengan Akim.
Oleh itu, mari kita sama-sama doakan Stacy semoga diberi kebahagiaan hidup, kesejahteraan hidup dan hidupnya dirahmati serta dilindungi Allah. Amin~
Syaza pernah menjadi saksi kepada seorang kawan Syaza yang memeluk agama Islam.
Selepas kawan Syaza mengucap dua kalimah syadah dan telah memeluk agama Islam, perasaan gembira, syukur dan tak tahu nak describe macam mana menyapa hati dan jiwa Syaza.
Air mata rakan-rakan lain tanda gembira tak perlu nak dikata.
Rasa bersyukur dapat saudara baru.
Jadi, sebagai saudara sesama Islam, ayuhlah kita sama-sama membantu Stacy.
Bagi sokongan pada Stacy.
Kita agama Islam.
Agama yang indah.
Agama yang mudah.
Hidayah itu milik Allah.
Dia boleh beri kepada sesiapa sahaja yang Dia kehendaki.
Moga kita semua sentiasa berada di bawah naungan rahmat Allah. Amin~
Wassalam~
betul tu.. sokong & bimbinglah stacy & saudara2 baru yang lain. Pada kita yang dilahirkan Islam sedari Awal pun haruslah menunjukkan contoh yang baik buat mereka. Islam itu Indah =)
ReplyDeletemember #231
betul tu...
DeleteAlhamdulillah bertambah saudara seagama kita...
ReplyDeletealhamdulillah. ;)
Delete