Assalamualaikum semua.
Hari Ahad lepas, saya pergi bawa sedara dari Johor jalan-jalan pergi Sepanggar.
On the way ke Sepanggar tu, nampak dengan jelas Gunung Kinabalu.
Seriously, sepanjang saya berada di Sabah dari bulan 6 lepas, saya tak nampak lagi gunung.
This is the first time.
Siapa tak rindu?
Rindu betul nak nampak gunung.
Ya Allah, perasaan yang bercampur baur bila nampak.
Rasa gembira sebab dapat nampak Gunung Kinabalu dengan jelasnya.
Rasa sedih sebab nampak 'cacat cela' dan 'luka'nya.
Rasa lain sangat nampak Gunung Kinabalu sekarang.
Perasaannya tak macam dulu.
Rasa kasihan sangat sebab ada 'luka-luka' yang jelas nampaknya.
Gunung Kinabalu |
Kuasa Allah mampu buat apa sahaja.
Allah mampu menggoncangkan bumi, lagikan nak menghancurkan kita yang kecil ini.
Hanya sekelip mata sahaja Allah mampu buat segalanya.
Siapalah kita di dunia ini, ingin mendepang dada, takbur, riak, sombong?
Siapa kita?
Hidup ini hanya sementara.
Tanda-tanda kecil kiamat pun dah semakin banyak.
Allahu~
Ampunilah dosa-dosa kami.
Moga-moga kita mati dalam iman dan Islam. Amin~
Wassalam~
Amin... Moga hidup yang sementara ini dalam redha Allah...
ReplyDeleteinsyaAllah amin~
Delete