Baru-baru ni kita panas dengan #TipsMasukU.
Macam-macam tip yang ada.
Setiap U lain-lain tip yang diberikan. Hah...
Kalau aku yang jadi junior, ketaq lutut nak masuk U.
Caring giler abang-abang dan kakak-kakak U ni siap ada hashtag-tips-masuk-U untuk adik-adik. Hah,,,
Tahniah diucapkan kepada semua adik-adik yang berjaya untuk menjejaki alam universiti.
Buat adik-adik yang tak berjaya buat masa ni, jangan sedih dik, banyak lagi peluang lain yang mungkin adik-adik tak nampak.
Adik boleh cari kerja sambilan dulu buat sementara waktu.
Kalau nak belajar juga, boleh cari kolej-kolej swasta yang diminati.
Disebabkan semua pun sedang sibuk untuk persiapkan barang-barang dan diri untuk masuk U, akak pun nak bagi tips untuk masuk U ni. Hah...
Akak ni alhamdulillah dah 3 kali menjadi Rakan Suai Kenal untuk adik-adik yang baru masuk U. Akak lah fasilitator untuk UPSI. Haha. Tapi, tak semua orentasi akak dapat sertai.
Kali ni, akak tak dapat sertai disebabkan alasan tersendiri. Haha.
Jadi, kepada adik-adik yang berjaya masuk UPSI, maaflah tak dapat tengok muka akak yang comel ni. Ahaks.
#TipsMasukU
- Masa dapat keputusan dapat masuk U, bersyukur! Alhamdulillah aku dapat masuk U.
- Baca betul-betul apa yang perlu disediakan. Sediakan semua borang-borang yang dikehendaki. INI SANGAT PENTING. Make sure semuanya dah didisi dengan betul.
- PALING PENTING. Tandatangan saksi, atau apa-apa sahaja tandatangan PENGESAHAN yang diperlukan. Ini memang kena settle. Jadi nanti bila dah masuk U, adik-adik tak menyusahkan diri adik-adik atau kakak dan abang fasi.
- Bawa barang-barang yang diperlukan untuk orentasi; pakai baju apa, nak kena bawa baju ikrar atau tak, nak kena bawa kasut apa, semua perkara tu perlu dititikberatkan.
- Bawa barang-barang yang diperlukan untuk menuntut ilmu dan barang-barang untuk tinggal asrama. Tak perlu nak bawa satu rumah, semua barang nak bawa pegi asrama. Kalau asrama korang besar tak apa juga. Tapi nanti korang yang penat nak mengangkut. Hah...
- Masa nak bergerak ke universiti atau berpisah dengan keluarga baca Bismillah.
- Sematkan dalam hati adik-adik, yang adik-adik ni nak BELAJAR KERANA ALLAH. Doa, moga-moga Allah permudahkan segalanya.
- Minta restu ibu ayah, minta maaf dengan semua orang supaya ilmu yang bakal dituntut diberkati.
- Sediakan diri untuk berjauhan dengan keluarga. Kalau rindu, doa dengan Allah, moga rindumu itu sampai buat mereka.
- Jangan susahkan hati ibu ayah untuk tinggalkan adik-adik. Berlakon kuat depan ibu ayah. Hati kena sado dik masa ni. Walaupun hati adik ni selalu basah, keringkan kejap je. Lepaskan airmata adik kat tikar sejadah. Tuntut ilmu untuk gembirakan ibu ayah sekali ya.
- Bila dah masuk U, jangan lupa untuk sentiasa hubungi ibu ayah, tak kira mesej atau telefon. Sekarang semua ada whatsapp, so selalu bagi perkembangan ke apa ke, supaya ibu ayah tak risau.
- Belajar betul-betul. Jangan nak fikir cari bakal isteri atau suami je. Eh, ingat akak taktahu ke apa yang ada di dalam lubuk hatimu itu? Haha.
- Jaga diri, jaga solat, jaga ikhtilat.
- Kena bijak untuk atur masa.
- Bersedia untuk menghadapi pelbagai karenah manusia. ;)
- Bijak mengurus wang. Jangan nak belanja sakan.
- Chill je. Jangan stres-stres.
- Apa-apa pun ingat Allah.
Itu je kot.
Kalau nak ikutkan mungkin banyak lagi. Haha.
Tapi, ini yang WAJIB mungkin.
Kalau nak tambah, bolehlah komen ya.
Sama-sama kita kongsikan #TipsMasukU.
Itu sahaja.
Wassalam~
Tips Syaza lebih bermanfaat dari tips yang viral tu macam buat tandatangan yang simple dalam kedatangan nanti nak ponteng boleh minta tolong kawan sign... Hehe ^-^
ReplyDeletehaha. tu ngajar benda yg tak baik tu. haha. nanti dah biasa payah pula. hehe.
DeleteDari pengalaman zumal, pensyarah pun ada buat camtu ^-^
Deletesalam, balas kunjungan..follow here juga :)
ReplyDeletewassalam. terima kasih fizi. ;)
Delete