A: Aku nak berubah, tolong aku boleh?
B: Maaf, aku bukan Ustazah.
Pssstttt...
Saya nak bagi tahu ni, memang kita bukan Ustazah ataupun Ustaz, tetapi kita ni sebagai Khalifah di dunia ini, maka kita perlu bantu rakan-rakan kita yang memerlukan kita. Lagi-lagi bab sokongan dalam Agama.
Walaupun kita bukannya pakar dalam bab agama, tetapi mungkin rakan kita percaya pada kita untuk bantu dia berubah ke arah kebaikan.
Rakan kita nampak potensi kita untuk bantu dia - bagi sokongan pada dia dalam apa cara sekali pun.
Maka, jangan menolak.
Kita perlu bantu.
Bantu semampunya.
Sekurang-kurangnya, sentiasa mengingati dia.
Mengingatkan dia untuk sentiasa mengingati Allah.
Der, takkan kau nak masuk Syurga sorang-sorang der.
Kau tak kesian kat kawan kau ke?
Jangan sampai kau masuk Neraka sebab tak bantu dia masuk Syurga.
Kau nak macam tu?
Mesti tak nak kan...
Jadi, kan seronok masuk Syurga sama-sama.
"Aku bukan tahu bab-bab agama."
Kalau rakan kita tu tak nampak potensi kita untuk bantu dia, dia takkan letakkan kepercayaan dia pada kita untuk bantu dia.
Kalau tak tahu bab-bab agama, mesti tahu 'tajuk utama' dalam agama kan?
Sayang, Allah dah pilih kita untuk bantu dia berubah.
Kenapa lepaskan peluang keemasan ini?
"Emas apa macam ni?"
Hello, didn't you see that Allah try to help you to bring you in His Paradise?
Kalau kita bantu agama Allah, Allah akan bantu kita.
Percaya itu bukan?
“Wahai orang-orang beriman, jika kamu bantu Allah nescaya Ia akan bantu kamu.” (Surah Muhammad: Ayat 7)"Aku tak retilah nak bagi nasihat agama ni, aku bukan sekolah agama pun."
Kakak-kakak, abang-abang, nak nasihat agama ni tak perlu nak sekolah agama.
Tak perlu.
Kita Islam bukan?
Semua yang beragama Islam itu, saudara kita bukan?
Maka, nasihat mereka sekiranya anda sayangkan saudara anda.
Sanggup anda tinggalkan saudara anda sendirian?
Semestinya tidak, bukan?
Nak nasihat orang tak perlu nak jadi Ustazah mahupun Ustaz.
Kita di dunia ini adalah sebagai Khalifah.
Maka, setiap dari kita ada tanggungjawab kita untuk bantu saudara kita.
Takkan nak nasihat untuk ajak solat pun tak boleh?
"Jom solat."
Susah?
Memang susah. Ya, saya tahu. :')
Nak ajak solat seperti nak ajak berjihad.
Sedangkan kita nak bawa kepada kebaikan.
Tapi kita takut sangat.
Sebab apa?
Sebab kita takut kita sakitkan hati dia.
Tapi, biarkan sahaja, pekakkan telinga.
Ajak sahaja.
Kita dah buat part kita, selebihnya terpulang pada dia.
Doa yang baik-baik padanya.
"Aku dah cuba banyak kali untuk dia berubah, tapi dia tak pernah berubah."
Hati manusia ni, Allah yang pegang.
Kita tak mampu nak mengubah hati orang semahu kita dengan sekelip mata.
Hidayah itu milik Allah.
Allah akan berikan kepada orang yang Dia kehendaki dan Allah boleh tarik balik daripada orang yang Dia kehendaki.
Yang penting, kita jangan pernah kenal erti putus asa untuk membantu seseorang itu berubah.
Selebihnya kita serahkan pada Allah.
"Aku dah cuba untuk berubah, tapi mesti sekejap sahaja perubahan itu."
Kawan, kau kena kuat.
Nak masuk Syurga memang payah, sebab Syurga tu manis.
Maka usaha sehingga habis.
Jangan sekerat jalan.
Kalau kau rasa kau tak mampu, kau kena percaya Allah sentiasa ada.
Sentiada ada dengan kamu.
Kau mohon kekuatan pada Allah kerana Dia Maha Kuat.
Kau berubahlah kerana Dia.
Isikan hatimu itu dengan cintaNya. InsyaAllah, perubahan itu akan kekal selamanya.
Percayalah.
Akarnya ialah letakkan kepercayaan dan diri kita 100% pada Allah. InsyaAllah kau akan istiqamah.
Oleh itu, sekiranya ada orang yang minta pertolongan daripada kita untuk berubah, jangan lari walaupun kita bukan Ustaz atau Ustazah.
Tapi ingat, kita ialah Khalifah.
Maka, bantu dia semampunya.
Mohon pada Allah untuk beri kita kekuatan untuk bantu dia.
Kita nak masuk Syurga sama-sama kan. :')
Moga usaha kita itu membawa kita ke Syurga walaupun hanya sedikit. InsyaAllah.
Wallahu'alam.
Wassalam~
kak long dk meru..? kita ddk dekat2 situ tp jauh sikit dr meru.. hahaha. nanti dtg la raya.. lol
ReplyDeletegurau ja..ehehe
btw, sebenarnya orang yg bertanya pada seseorang tu sbenarnya dia perlukan sseorang utk tolong dia ,bgi semangat,tolong bagi nasihat etc,sbb iman ni kan mudah sangat turun naik..nak istiqamah tu belum tentu lagi..
kalau kita menolong dia berubah, mana tahu satu hari nanti kita terikut sama berubah jd baik.. kan?
tp kalau tak tahu ,lbh baik mengaku daripada kita sendiri yg memandai2 pula..huhu
* berubah kena ada nawaitu yg jelas,jgn pula sbbnya berubah2 mcm iman turun naik.. T__T
Deleteakak ckap kat diri akak sendiri..
btw,suka baca entri ni..
akak mohon nak 'pinjam' masuk dlm blog prvate tau..! :)
hehehe. oh, akk duk area mana?
Deletebetul tu kak. terima kasih atas perkongsian. ;)
semoga kita sentiasa istiqamah dgn apa yg dilakukan. ;)
oh lupa, boleh kak. pinjam la. ;) semoga bermanfaat utk semua. ;)
Delete