Nuffnang Ads

Monday, January 5, 2015

Cerita 'Adik Lelaki' Aku.

Assalamualaikum.

Alhamdulillah dah lepas 3 paper, 3 lagi menunggu.
Moga Allah permudahkan. Amin~

Bulan Jun tahun lepas, aku ada join Rakan Suai Kenal untuk pelajar Diploma ambilan Jun 2014.
Mungkin ada yang tahu, adik beradik Syaza semua perempuan.
Bila dah semua perempuan, memang tak ada lah kaum adam kecuali Ayah Syaza.

Masa orentasi ni, bila kita dah jadi fasilitator, memang panggilan 'kakak' tu dah biasa dah.
Kau muda ke tua ke, memang 'kakak' yang kau kena panggil.
Jangan naik angin pula ek, sebab tu tanda mereka hormat kita.
Yang Syaza ni, memang kakak pun pada diaorang.

Masa orentasi, adalah seorang budak lelaki ni,tak habis-habis tanya nama aku.
Aku cepat-cepat tutup nametag. Gelak jahat aku pada dia. Haha.
Dah sampai satu hari tu aku tunjuk nametag aku, "Nah, ni nama akak."
Mana taknya, setiap masa duk tanya, "Nama akak siapa?"
Rimas aku dibuatnya.
Lepas tu, soalan lain yang keluar, "Facebook ada tak kak?"
"Ada."
"Nama facebook?"
"Carilah nama akak tu, jumpalah tu."
"Terima kasih, akak."


Semasa dalam minggu orentasi tu juga, dia ni panggil aku 'akak' depan kawan-kawan, lepas tu, aku ni kalau bual dengan orang, macam dah lama kenal. Itu pun pada certain orang jelah kan. Haha. Sebab, sebenarnya aku ni pendiam. Ahaks.
Lepas dah habis bual dengan dia ni, tup-tup kawan aku ni tanya, "Adik akak ke tu?"
Aku dengar memang nak tergelak dah. "Kenapa?"
"Muka lebih kurang sama."
Lagilah aku nak ketawa terbahak-bahak.
Aku just senyum je. Tak cakap apa. Haha.

Lepas orentasi, tup tup aku dapat mesej facebook yang budak ni, dengan tak tahu malu dan segannya nak jadi adik angkat aku.
Perrrggghhhh~ Dahlah aku ni banyak kali mereject orang nak jadi adik angkat.
Memang aku tolak mula-mula. Aku cakap yang semua adik-adik akak.
Biasanya jarang budak laki nak berangkat-angkat ni.
Aku siasat punya siasat, rupa-rupanya semua yang atas dia semua abang, tak ada kakak. Dia cuma ada adik perempuan.
Jadi, aku pun entah macam mana aku boleh tergerak hati katakan 'boleh' selepas siasat tu. Kesianlah kan, tak ada kakak.
Jadi, aku pun tiba-tiba ada adik lelaki. Haha.

Bila main komen-komen kat facebook, ramai orang ingat dia ni memang adik kandung aku.
Aku dengan dia memang sengih-sengih depan laptop. Haha.
Sampai ada yang kalau terjumpa, "Akak, Si N tu adik akak ke?"
"Kenapa tanya?"
"Tak adalah, muka dah lebih kurang sama. Adik akak betul ek?"
"Adalah..."
Jahat tak aku? Saja main-main kan. Haha.

Tapi, aku dengan adik aku sorang ni, memang jarang mesej, jarang jumpa.
Kalau jumpa pun, itu sebab terjumpa.
Sapa macam tu je. Lepas tu pergi. Haha.

Aku pernah bawa dia jumpa keluarga aku.
Biar diaorang kenal, dengan siapa aku beradik angkat ni.
Selalu cerita dalam telefon je kan...
Ha... bagi tunjuk muka sikit.

Sekarang ni, dia sepatutnya dah semester dua.
Tetapi, dia decide nak berhenti dan ambil SPA.
So, siapa aku nak menghalangkan?
Dia berhenti masa diaorang midsem break hari tu.
Sempatlah juga jumpa dia, bagi lambaian terakhir. Haha. Gitu kan...

Jadi, siapa dia ni?
Siapa dia yang duk orang kata muka aku dengan dia sama?
Ni orang nya...

Sama ke? Hurmmmm~
Dia dah tinggalkan UPSI, 22.12.2014 hari tu.
Gambar ni cerita masa aku dinner hari tu.
Nampak keperempuanan sangatkan aku. Haha.

Oh, lupa.
Siapa dia ni?
Aku panggil dia Naim.
Dia bahasakan diri dia 'adik'.
Tapi aku jarang panggil dia 'adik'. Haha.
Sebab dalam family aku, memang panggil nama, Kak Long, Kak Farah, Abby. See~ Haha.
Sebab tu aku panggil Naim.

Itu jelah kot, nak ceritakan tentang dia.
Jaga diri ya di sana.
Jaga iman.
Jaga solat.

Moga Allah memelihara kamu.
Moga ini pilihan yang terbaik buat kamu.
All the best!
Maaf ya Naim, sebab akak bukan kakak yang terbaik buat kamu. Haha.
Akak garangkan...
Nak jadi adik sangat kan... Haha

Wassalam~

4 comments:

  1. kita dah banyak adik .. tak mau dah adik angkat..huhu..
    kalau dgn lelaki akak suka panggil kau aku atau nama ja..tak perlu brsopan sangat tapi jangan la garang sangat..hehe
    selesa macam itu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dgn kawan lelaki mmg kau aku je. hahaa.
      kalau dgn dia ni, mmg kdg2 kau aku gak. haha.
      betul2. ;)

      Delete
  2. comelnya adik akak tu! kirim salam ek. hahahaha

    ReplyDelete