Nuffnang Ads

Wednesday, January 21, 2015

[Photography] Geng Serumah dan KAMI.

Assalamualaikum and olaaa everyone.

Hari ni nak tunjuk gambar hasil tangkapan kawan-kawan selepas habis peperiksaan hari tu.
Yelah, lepas habis exam, semua dah seronok nak balik.
Yang geng serumah, sem depan dah tak serumah dah.
Semua bawa haluan masing-masing.

Syok serumah dengan diaorang ni.
Makan sama-sama.
Cerita sama-sama.
Diaorang ni, boleh pula buat wayang kat rumah. Haha.
Malam-malam, lepak tengok movie kat dalam bilik 1. Haha.
Diaorang ni gila-gila.
Senang dengan diaorang.
Duk ngata depan-depan pun tak kisah.
Sebab dah satu rumah, kira macam satu keluarga.
Kira nasihat untuk diri masing-masing, macam tu.
Macam suka duka bersamalah kononnya kita orang ni. Haha.

Sayang sangat dengan diaorang ni.
Sayu juga sebenarnya, masa sorang-sorang balik.
Tapi, nak buat macam mana, dah lumrah seorang pelajar kan. Hehe.

Tiqah, Kak Wani, Kak Wa, Anna, Syaza dan Wani.


We are like one family, seriously.
Itu cerita tentang geng rumah.
Hari tu, sama-sama naik Bukit Broga.
Makan KFC sama-sama lepas exam. 
Memang syok la. 
Sayang semua. ;)
Semoga ukhuwah yang terjalin ini kekal hingga ke akhirnya.
Macam pesanan Syaza kat FB, ingat ek, masuk Syurga sama-sama tau. ;)

***

Geng KAMI.

Syaza dah dua sem sama-sama dengan diaorang.
Actually since diploma lagi.
Tapi masa diploma, tak berapa kenal sangat.
Cuma rapat dengan Suzie je sebab praktikum sama dengan Syaza. Hehe.
Sampai la ni, memang rapat dengan Suzie ni, sebab dia tahu perangai Syaza macam mana.

Most of the time, memang muka kami berempat ni, memang selalu sama-sama. Haha.
So, sem depan mungkin tinggal bertiga sebab Anna ambil minor lain dan tinggal tempat lain.
Kami bertiga ambil minor laon dan tiggal tempat lain.
Tapi, tu tak bermakna ukhuwah kami tamat di situ je, kan?
Kawan untuk selamanya kan? Hehe. ;)

Persamaan kami, kami ni gila kamera. 
Lagi-lagi diaorang bertiga tu, sebab aq yg tukang tangkap gambar. Haha.

Shoot selepas exam.

Shoot semasa Hari KoKum. 
Kira halal lebih kurang je lah ek.
Sebab tak ingat sebenarnya macam mana pose nya. Haha.

Kalau orang selalu nak baju t-shirt sama, kami baju kurung. Lala. Pencetus idea, aku dan Suzie. Haha.

See, kitaorang memang gila-gila. Cuma tak gila betul lah. Haha.
Ini kisah Geng Serumah dan Geng KAMI.
Semoga ukhuwah kita kekal sampai bila-bila.
InsyaAllah. Amin~
Sayang semua. ;)

Wassalam~

6 comments:

  1. wah seronok bila baca. terimbau balik kenangan masa belajar buat degree dulu. btw manfaat ukhwah yg terjalin. jgn biar terputus dek keegooan dan jarak. *nasihat berdasarkan pengalaman*

    ReplyDelete
  2. Zumal pun teringat kawan-kawan kat kampus dulu... Geng zumal ada 3 orang yang nama Ahmad kat depan ^-^

    ReplyDelete
  3. zaman di kampus adalah antara yang terindah selepas zaman persekolahan.. :)

    ReplyDelete