Tiada Nanti Bagimu.
3.30 petang, 31 Januari 2015, Sabtu.
"Kejaaaaapppp... Bagi aku sesaat..." kata Si Pulan.
"Maaf, tiada sudah masa bagimu," jawab Malaikat Maut.
"Allaaaaaahhhhhhh!!!"
Ajalnya telah pun sampai, tanpa Si Pulan sempat solat Zohor tadi.
***
Na'uzubillah.
Pertamanya, ayuh doa, semoga kita mati dalam Iman dan Islam. Amin~
Semoga kematian itu merupakan saat indah kita untuk bersama Pencipta kita.
Semoga kita bersedia dengan sebenar-benar sedia.
Sebelum saya meneruskan penulisan saya, ingin saya bertanya kepada pembaca,
"Dah solat?"
Sekiranya belum, maka tunaikanlah apa yang wajib dahulu, lepas tu sambung semula ya.
Sekiranya sudah, alhamdulillah. Anda boleh teruskan pembacaan.
Sebab apa saya tanya sebegitu?
Kerana soalan ini juga saya ingin balas dengan persoalan.
Anda tahu waktu mati anda bila?
Disebabkan kita sendiri tak tahu bila ajal kita, maka kita perlu bersedia.
Sekurang-kurangnya kita dah langsaikan solat kita.
Sekurang-kurangnya, soalan pertama nanti dapat kita jawab dengan tenangnya. InsyaAllah.
Solat itu hukumnya wajib, sayang.
Solat itu tiang agama.
Kalau rumah tak ada tiang, maka robohlah ia.
Begitu juga dengan agama kita.
Sekiranya tak solat, maka 'runtuh' agama dalam diri kita.
Solatlah pada awal waktu.
Kenapa?
Kerana, adakah kau tahu kau masih bernyawa pada akhir waktu?
Jangan melengah-lengahkan solat.
Kita tak tahu ajal kita bila.
Sekiranya, ajal kita datang sebelum kita tunaikan solat, bagaimana ya? Allahu rabbi~
Na'uzubillah... T_T
Kadang-kadang, kita me'nanti'kan solat tanpa kita sedar.
Bagaimana?
Situasi 1:
"Wei, jom solat."
"Jap."
Situasi 2:
"Dah masuk waktu. Jom."
"Aku settlekan kerja ni dulu jap."
Situasi 3:
"Aku solat dulu ek."
"Em..."
5 minit kemudian, masih tak sertai solat.
Situasi 4:
"Jom solat."
"Aku balas mesej dia kejap."
Pernah buat?
Saya sendiri pernah buat.
Kan saya kata, tanpa sedar kita melengah-lengahkan solat.
Allahu rabbi~
ثَلَاثٌ لَا تُؤَخِّرْهَا : الصَّلَاةُ إِذَا أَتَتْ ، وَالْجَنَازَةُ إِذَا حَضَرَتْ ، وَالْأَيِّمُ إِذَا وَجَدْتَ لَهَا كُفْئًا
Maksudnya : Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya, jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untuknya.
(Riwayat At-Tirmizi )
***
Mereka singgah ke kedai makan untuk mengisi perut. Masing-masing dah kenyang kegembiraan. Seorang daripada mereka mengajak rakan-rakannya untuk solat, tetapi seruannya disahut dengan senyuman dan buat-buat tak dengar rakan-rakannya. Dia gagahkan diri untuk pergi solat dahulu. Dia menunggu pintu dibuka oleh rakan-rakannya yang lain. Tiba-tiba, pintu dibuka. Dia tersenyum, namun senyumannya hanya sementara. Wajah yang tidak dikenali dihadapan pintu. Hatinya rasa seperti ingin menangis dan tertanya-tanya, "Mana rakan-rakannya yang lain?"
Setelah selesai solat, dia menuju ke kenderaan untuk pulang. Rakan-rakannya menunggu di dalam kenderaan. Dia hanya tunduk tanpa melihat wajah rakan-rakannya. Dia hanya mampu mendoakan perjalanannya selamat.
Dia melihat ke luar tingkap... Jauh merenung...
"Assalamualaikum..."
"Waalaikumussalam. Awak siapa ya?"
"Malaikat maut."
"Ha? Saya tak solat lagi! Saya tak sedia lagi!"
"Bukankah Allah dah berikan masa yang banyak untuk kamu bersedia?"
"Kejaaaaappppp. Bagi aku masa sesaat."
"Maaf, tiada sudah masa bagimu."
"Allaaaaaahhhhhh!!!!"
Seorang rakannya terbangun dari tidur. Pucat wajahnya. Segera dia menyuruh rakannya berhenti di surau yang berhampiran untuk solat.
Rakannya hanya senyum dan bersyukur. Alhamdulillah, Allah masih berikan kau masa untuk bertaubat.
***
Oleh itu, sekiranya masuk waktu solat, solat.
Tiada nanti bagimu.
Kerana kita tidak tahu ajal kita bila.
Wallahu'alam.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment