Nuffnang Ads

Tuesday, March 1, 2011

Sombong Itu Bukan Aku | Ke Mana Hilangnya Dia?

Assalamualaikum kalian.

Apa khabar semua?
Alhamdulillah, kaki Syaza semakin pulih. Mungkin. InsyaAllah. ;)

Terima kasih kepada semua yang mengambil berat kepada Syaza.
Terima kasih kepada pakcik-pakcik bas yang memberi layanan yang amat baik kepada Syaza.
Terharu~ Sob sob.

Aku adalah aku.

Sejujurnya, Syaza memang gagal dalam berbual dengan kaum Adam.
Syaza memang tak pandai.
Mesti ramai yang berpandangan bahawa Syaza ni sombongkan sebab tak pandai berbual dengan kamu.
Syaza boleh melemparkan senyuman kepada kamu, tetapi kalau nak berbual tu, minta maaf ek.
Syaza tak reti sangat.
Kadang-kadang, kamu penat membina soalan yang panjang lebar, tetapi sepatah sahaja Syaza jawab.

Sebenarnya, Syaza bukannya apa, cuma kalau boleh memang tak nak bergaul sangat dengan kaum Adam.
Kitakan ada batasnya.
Jadi, Syaza nak jaga semua tu. InsyaAllah.
Kalau tak penting tak perlu cakap, bukan?

Syaza bukan seperti kawan Syaza yang berani menyapa dan berbual dengan kaum Adam.
Syaza bukan seperti itu.
Tapi, kalau ada orang tegur, Syaza tegur baliklah.
Kalau tak, malu pula dia nanti.

Syaza boleh berbual dengan mereka jika ada keperluan.
Nak bual-bual ringan pun boleh, tapi ada batasnya.
Tapi, kalau nak bergaul tu, kalau boleh Syaza nak hindarkan. ;)

Kalau bersendirian lagi senang. ;)


Terpulang kepada anda nak cakap apa-apa tentang Syaza.
Syaza hanya mampu kata, Syaza jadi diri Syaza.
Paling penting, apa yang Syaza lakukan tak melanggar perintah Allah. InsyaAllah.

Pabila hubungan kita dengan Allah BAIK, maka hubungan kita dengan orang lain pun insyaAllah akan baik.

Kalau kamu bilang aku sombong, itu salah.
Aku sentiasa menguntum senyuman.
Tidak kira siapa dirimu.
Sama ada aku kenal atu tidak.

Aku adalah aku.
Maaf jika buat kamu salah sangka kepadaku.
Aku bisa bersuara jika kamu yang mula dahulu.
Tapi, mungkin hanya sepatah dua yang aku mampu untuk membalasnya.

***


Ke mana hilangnya dia?
Setelah lama tidak mendengar khabar berita.
Kata hati, abaikan sahaja.
Ketawa.

Perlukah aku mengambil tahu akan dia?
Rasanya buang masa.
Bagus aku kejar cita-cita dan CINTA.
Daripada memikirkan keadaan dia yang tiada berita.

Ke mana hilangnya dia?
Pabila pesanan ringkas yang dihantar tiada jawapan daripadanya.
Diam seribu bahasa.
Ukir senyuman gembira.
Kerana tidak perlu buang kredit yang sia-sia.

Kata-kata semangat cuma layak untuk dia.
Pesanan dan nasihat daripada seorang rakan yang jauh di mata.
Cuma berharap supaya ingat pada yang Esa.
Kerana kita hidup di dunia hanya sementara.

Biarkah sahaja.
Hidup dia dengan caranya.
Aku cuma menjalankan tugas yang perlu sahaja.
Dia juga tidak berani kusapa, walau sudah kukenal lama.
Tak percaya?
Tanya dia, nama yang punya senyuman di belangkangnya.
Siapa?
Tepuk dada, rahsia.
Ketawa.

Aku doakan kamu baik-baik sahaja.
Semoga kamu dan keluarga bahagia dan tiada sengketa.
Ukir senyuman gembira padamkan duka lara yang lama.
Lupakan semua ya.

Mencari ke mana hilangnya kamu...


Wassalam~

3 comments:

  1. membaca blog anda memberi saya satu interpretasi bahawa anda adalah seorang feminist.

    2 perkara yang ini adalah teguran ikhlas dari saya sebagai saudara sesama islam.

    pertama: belajarlah tentang hubungan dengan Allah dan hubungan sesama manusia. belajar biarlah berguru. mengambil pendekatan mudah dengan mengelak dan menjauhi adalah tindakkan tidak tepat. ingatlah masuk syurga itu bukan kerana amalan kita tetapi masuk syurga itu apabila kita dikasihi-NYA

    Kedua, bergambar dan berposing walaupun menutup aurat. adalah pekara dilarang. kerana saya terpanggil menegur kerana saya pernah mendengar pujian dan kata-kata tidak sopan yang dikeluarkan apabila lelaki melihat gambar anda di fb. dan didalam islam hukum itu jelas. yang haram itu jelas. yang halal itu jelas. diantara keduanya adalah syubhah. jauhi syubhah itu lebih baik buat kamu.

    wallahualam. keikhlasan saya utamakan. dan tiada niat lain melainkan mahu bersama menyampaikan sedikit yang saya tahu =P

    ReplyDelete
  2. salamualaik sahabatku..
    mgkin ada hkmh disabalik semua ini...Cinta Allah ialah cinta utama kita perlu kejar..jodoh kita telah ditetapkan olehnya....hehe..semoga ana lebih tbah menghadapi semua ujian drnya..cT masih ingat pesanan enti agar selalu ingat Allah...alhamdulillah pesanan enti masih terikat kemas didlm hati ana..Rindu mu pada keluarga amat ku fhami kerana ana pun merasa sprtmu

    ReplyDelete