Apa khabar kalian?
Alhamdulillah, Syaza sihat. ;)
Syaza harap kamu juga begitu ya.
Sahabat,
Aku rindukan kehadiranmu.
Aku rindukan gelak tawa kita bersama.
Aku rindukan perkongsian ilmu yang kita ada.
Aku rindukan itu semua.
Sahabat,
Tiap kali aku lihat sekeliling,
Rakan, teman,
Semua itu aku ada.
Aku bersyukur pada yang Esa.
Cumanya,
Aku tidak rasa sepertimana keindahan perkenalan kita.
Jika kau jatuh,
Aku hulur tangan untuk membantu.
Jika aku jatuh,
Kau nasihati aku untuk bangkit semula dari terus tersungkur.
Sahabat,
Aku rindu keberadaanmu di sisiku.
Bercerita suka duka bersama.
Sedih, gembira dirasai bersama.
Mengenal isi hati masing-masing,
Itu yang kita rasa perlu ada.
Salah faham, pertengkaran, ditepis perlahan.
Aku merinduimu, sahabat.
"Kan seronok kalau 'sahabat' ada."
Aku selalu bermonolog.
Kita bawa diri ke tempat masing-masing,
Untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat.
Untuk menimba ilmu yang masih sedikit.
Untuk merasai pengalaman berjauhan dengan orang tersayang.
Untuk memupuk diri supaya berdikari dan lebih tabah serta berani.
Sahabat,
Bilakah waktunya akan kita berjumpa lagi?
Aku menanti saat itu tiba.
Sahabat,
Aku sayang kamu kerana Allah.
Aku rindu kamu kerana Allah.
Persahabatan yang terjalin ini hanya kerana Allah.
Pertemuan dan perpisahan kita juga kerana Allah.
Sahabat,
Aku merinduimu...
Ya Allah, satu per satu ujian yang Kau berikan.
Aku masih gagah berdiri walaupun kadang-kala sudah lemah longlai.
Aku mohon ya Rabbi, kau salurkanlah sedikit kekuatan dariMu untuk aku meneruskan perjuangan ini ya Allah.
Ya Allah, ingatkanlah aku dengan seksaan api nerakaMu jika aku alpa.
Jangan Kau biarkan aku hanyut dengan arus duniawi yang hanya sementara.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment