Apa khabar kalian?
Alhamdulillah Syaza semakin pulih secara keseluruhannya.
Maaf, sebab dah lama menyepikan diri.
Diri sedang dalam timbunan-timbunan tugasan yang diberikan oleh para pensyarah.
Mana taknya, semester ni ada enam subjek.
Setiap subjek ada 2 tugasan yang perlu disiapkan.
Setiap tugasan, minimum muka surat yang perlu ada ialah 10 muka surat.
Pening-pening.
Ya Allah, bantulah hambaMu ini ya Allah.
Hari ini, 19.3.2011 merupakan tarikh Hari Lahir Ibuku yang tercinta, Rosmiati Binti Hj Sainoh.
Ibu, Selamat Hari Jadi yang ke-45.
Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki.
Semogi diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat.
Semoga dipertingkatkan kekuatan iman.
Semoga diberikan ketabahan dan kesabaran yang tinggu buatmu.
Semoga hidupmu sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. InsyaAllah. Amin~
Duhai Cinta,
Kau suntik kasihmu di dalam sanubariku,
Membuatkan aku terus bangkit dari lena,
Fantasiku turut terkubur dalam kenangan lama,
Kini,
Aku sedar aku di bumi yang nyata,
Di alam realiti, aku berpijak dengan lemah dan tidak bermaya,
Namun,
Pabila kau hadir, menghuni seluruh jiwa,
Aku berani melangkah dengan gagah,
Menyelusuri kehidupan yang sebenar-benarnya.
Engkau menjadi peneman hidup,
Tika hati berduka lara,
Engkau ubati luka ini,
Dengan usapan, belaian dan kucupan mesra yang tidak terkira,
Engkau buang segala virus yang menyerang jiwa,
Engkau cuci dengan zikrullah untuk Allah Yang Maha Kuasa,
Engkau titipkan doa kepada Yang Esa,
Buat aku yang sedang kecewa,
Engkau mengukir senyuman dan melontar ketawa,
Pabila aku diam membisu, tidak bersuara.
Aku tidak sangka,
Engkau sebahagian daripada hidupku, wahai penghuni jiwa,
Membikin setiap denyut nadiku lebih bermakna.
Tidak pernah engkau kesali kehadiranku yang membuat hari-harimu haru biru, tidak tentu hala,
Tidak pernah engkau mencaci, walaupun aku menimbulkan bencana,
Tidak pernah engkau memaki, kalau aku mencipta hidupmu merana,
Engkau hanya menguntum senyuman,
Walau ia hanya terpaksa.
Aku amat bersyukur kepada Allah azzawajalla,
Kerana aku dikurniakan kepada kamu,
Kuhadapkan tubuhku ke Kaabah,
Kiblat seluruh umat Islam,
Kusujud pada Yang Satu,
Tanda syukur atas pemberian kamu kepadaku.
Subhanallah.
Alhamdulillah.
Allahu akbar.
Engkaulah matahari dalam hidupku,
Kerana engkau sentiasa menerangi setiap saatku.
Aku adalah rembulan dan engkau adalah bintang,
Kerana pabila aku bersendirian tiada cahaya,
Engkau menemani dengan cahayamu yang berkerdipan.
Engkaulah penghuni kalbuku,
Duhai ibu!
Kami sayang Ibu. ;)
Wassalam~
No comments:
Post a Comment