Nuffnang Ads

Wednesday, December 1, 2010

Lama Tidak Mendengar Suara - Rupanya Sudah Gila

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Alhamdulillah, Syaza sihat wal'afiat.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi Syaza peluang untuk mencoretkan sesuatu di sini.

Sudah lama kukuburkan perasaan untuk menulis, tetapi aku lebih mementingkan upacara akad nikahku. Maaf.
Kali ini aku tidak mahu cerita tentang akad nikahku. Tunggu keputusan Tok Kadi sahaja, sama ada dapat bersanding atau tidak.
Doakan aku sahaja supaya dapat bersanding di pelamin yang indah.

Aku tidak dapat mencoretkan peristiwa yang berlaku sebelum akad nikahku berlangsung. Persiapan akad nikah buat aku sakit kepala.
Jadi, kini aku ceritakan pada kamu.
Dengar ya.
Eh, tidak perlu. Baca sahaja. ;)

26 November 2010, Jumaat

Aku menghantar SMS kepada beberapa orang pengguna Celcom supaya akad nikahku berjalan dengan lancar.
Terima kasih kepada yang sudi mendoakanku.
Aku bukan manusia yang banyak kredit. Ada bonus diberikan oleh Celcom, jadi aku terima dengan hati yang terbuka walaupun perlu keluarkan keluar duit sedikit sahaja.
Hasilnya lumayan. ;)

Selepas maghrib waktu Semenanjung Malaysia, aku terima mesej daripada 'nama yang punya senyuman di belakangnya'.
Aku pernah bercerita tentang dia dalam penulisan [ini], [ini] dan [ini].
Sebenarnya ada lagi, tapi aku titipkan yang ini sahaja.

Ayat terakhir mesej dia memang buat aku ternganga.
Senyum.
Sememangnya dia suka buat aku ketawa.

Aku terus menelefon dia - sudah lama tidak berbual. Lagipula, panggilan percuma.
Kalau bayar, tiada ertinya untuk aku menelefon dia. He~



Perbualan kami bermula seperti biasa, bertanya khabar.
Seterusnya, aku tanya tentang Sukan Asia. Dia kurang tahu katanya.
Kami berbual tentang badminton - ya, antara sukan permainan yang digemarinya.
Dia kata dia baru pulang dari bermain sepak takraw petang tadi. Dia jadi 'killer'.
Ada aku kisah ke?

Kawan: Aku jadi 'killer'.
Aku: Oh. Kau jadi 'killer' ke atau kau meng'killer'kan diri kau?
Kawan: Meng'killerkan'kan kaki. Ha~
Aku: Ko ada panaskan badan tak sebelum main?
Kawan: Adalah sikit-sikit.
Aku: Esok pagi, kalau ada orang tempang-tempang, aku tak tahu.
Kawan: Ha~ Adat main, memanglah macam tu.
Aku: Betul! Aku setuju.


Sememangnya aku setuju. Adat main, memang perlu sakit-sakitnya.
Kalau tak sakit, itu bukan main namanya.
Entah penyakit apa yang melanda dirinya pada hari itu, penyakit gila sudah menguasai mungkin.
Setiap ayatnya memang buat aku tidak kering gusi. Ketawa sahaja.

***


Perbualan tentang badminton pula.

Aku: Lee Chong Wei kalah dengan Lin Dan kan?
Kawan: A'ah. Lin Dan kuatlah.
Aku: Terlalu kuat kot, tapi Lee Chong Wei tetap pemain nombor satu dunia.
Kawan: Yakah? Bukan nombor tiga?
Aku: Ha? Nombor satu lah.
Kawan: Tak. Nombor satu, aku. Nombor dua, Lin Dan. Nombor tiga, Lee Chong Wei.
Aku: Ish. Sengallah kau.
Kawan: (Ketawa)
Aku: Kenapa kau tak gantikan Lee Chong Wei hari tu?
Kawan: Aku dah telefon tapi masuk peti simpanan suara.
Aku: Habis kau telefon masa dia kat dalam kapal terbang, memanglah tak dapat.
Kawan: Bukan, dia kat tandas.
Aku: Sengal.
Kawan: (Ketawa)


Gilakan dia. Pada hari itu, memang hari yang penuh dengan angan-angan dia sahaja. Tetapi dia memang pernah berjumpa dengan Dato' Lee Chong Wei. Cerita lama.
Nanti aku ceritakan ya. ;)

Bersambung...

Wassalam~

3 comments: