Nuffnang Ads

Friday, December 31, 2010

Penutup 2010 - Sememangnya Kita Berbeza, Kau dan Aku Tidak Pernah Serupa.

Assalamualaikum.

Apa khabar kalian?

Pejam celik, pejam celik, rupa-rupanya kita dah berada pada tarikh 31 Disember 2010.
Ada apa dengan tarikh ni?
Inilah hari terakhir untuk setiap tahun.
Alhamdulillah, terima kasih ya Allah kerana kau memberi aku peluang hidup sehingga ke akhir tahun ini. Alhamdulillah.

Bila kotak memori memutar kembali peristiwa-peristiwa yang terjadi sepanjang tahu ini, memang terdapat banyak asam garam kehidupan yang dilalui.
Boleh dikatakan semua perasaan ada. Bercampur-baur.

Kita Berbeza

Ya, sememangnya kita berbeza.
Raut wajah kita tak sama.
Bentuk muka kita tidak serupa. Ada yang bulat, bujur.
Hidung kita juga lain. Ada yang mancung dan tidak.
Semua yang ada pada tubuh kita, semuanya lain.

Allah cipta kita dengan keistimewaan masing-masing. Mungkin tidak ada yang serupa.
Wajah seperti iras-iras kita memang ada.
Tetapi, perangai mesti berbeza.

Setiap insan mempunyai sikap yang berlainan. Tidak pernah sama.
Tetapi, kenapa ramai orang yang suka menyamakan kita dengan orang lain?
Kenapa ada orang nak kita jadi orang lain?

Situasi 1

A: Kenapa buat macam ni?
B: Maaf. Saya...
A: Kau ni tak pandailah. Cuba kau tengok si C tu. Dah la baik, pandai pula tu.
B: (Tunduk)
A: Cubalah kau jadi macam si C, taklah aku marah macam ni.
B: (Diam)




Cuba tanya diri?
Pernahkah anda lakukan seperti itu kepada orang lain?
Cuba rasa apa yang orang rasa apabila dikatakan begitu.

Kalau tidak pernah, cuba tengok situasi 2 pula.

A: Eh, B! Cuba tengok si C.
B: Kenapa dengan dia?
A: Cantikkan?
B: Em... Dia memang cantik.
A: B, cuba kau jadi macam si C tu, cantik. Sedap sikit mata memandang.
B: ..............


Baiklah, dalam situasi 1, mungkin kita boleh pertimbangkan. Tapi, mesti kita rasa seperti 'Bodohkah aku ni?'. Betul tak?
Janganlah kita bandingkan dengan orang lain kerana keupayaan intelek setiap insan adalah BERLAINAN.
Senang untuk kita katakan, tetapi adakah senang untuk kita lakukan?
Mudahkah untuk menggapai kecemerlangan? Sekelip mata?
TIDAK. Islam juga mengajar kita tiga peringkat untuk berjaya iaitu U.D.T ; Usaha, Doa dan Tawakal.

Bukan mudah untuk mencapai kecemerlangan.
Ya, mungkin pada mulanya kita akan gagal, tetapi jika kita tegur dengan cara yang betul, kita dapat perbaiki dengan lebih baik. InsyaAllah.

Situasi 2 pula, membandingkan kecantikan seseorang adalah perkara yang agak sensitif. Terutamanya kepada insan yang bergelar wanita.
Setiap insan ada keistimewaannya sendiri. Begitu juga dengan kecantikannya. Ada ciri-ciri tersendiri.
Cuma mungkin seseorang yang memberi kritikan itu yang tidak punya mata yang baik. Ada saja yang kurang.
Terima seadanya dengan pemberian Allah SWT, sesungguhnya Allah tahu yang terbaik buat kita.

Walaupun kita mahukan hidung yang mancung, tetapi mungkin hidung yang tidak berapa yang nak mancung itu lebih sesuai dengan bentuk muka kita.
Walaupun kita mahukan mata yang bulat seperti Barbie, tetapi mungkin mata yang sepet itu lebih sesuai buat kita.
Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Cantik luar, tidak semesti cantik dalamnya (hati).
Jangan pernah puji seseorang itu dengan melihat luarannya sahaja.




Apa yang penting, jadi diri anda! Jangan jadi orang lain.
Untuk menjadi orang lain adalah perkara yang luar biasa. Luar biasa yang sebenar-benar luar biasa. Bukan mudah. Mungkin juga tidak akan pernah berubah.

Cuba kita rasa apa yang dia rasa?
Sakit. Terlalu sakit untuk menenlan kata-kata.

Jangan sentiasa fikir hati kita, fikir dan rasa juga hati orang lain.




***


Kau dan aku tidak serupa.
Berbeza.
Sangat berbeza.
Kita tidak pernah sama.

Kau lain.
Aku juga begitu.

Bila kita kembar segalanya?
Tidak pernah, bukan?

Kita berbeza.

Jangan pernah kau samakan aku dengan dia.
Kita semua berbeza.

Kau dah lupa?
Aku suka menyusun kata.
Kau pula mengalun suara.

Kita benar-benar berbeza.
Hobi, cita-cita, sikap, rupa.
Tidak pernah sama.

***


2010

Aku lebih kenal erti kehidupan.
Pahit, masam, manis, tawar, semuanya aku telan.
Aku tidak pernah berundur.
Aku perlu teruskan perjuangan dan perjalanan kehidupan.

Ada hari, aku tersungkur jatuh. Sakit. Teramat sakit.
Tapi, aku punya keluarga, teman-teman yang bantu aku bangun semula. Terutamanya Allah. Aku dapat rasakan hampirnya Dia padaku. Terima kasih ya Allah.
Air mata pernah mengalir deras kerana kesakitan yang dialami. Hati luka. Berdarah.
Dapat kubersihkan dengan kesabaran. Aku fikir, semuanya dugaan dariNya.
Aku tepis segala tohmahan yang datang. Biarkan. Tutup telinga.

Aku lihat sekeliling, pelbagai ragam, pelbagai fesyen.
Aku tutup mata, tutup mulut. Abaikan.
Aku perlu jadi diri sendiri.
Aku sudah dapat diri aku. Buat apa untuk tukar jadi orang lain?
Inilah aku.





Ya, aku gila-gila. Inilah aku kalau bersama keluarga.
Detik bersama keluarga adalah waktu yang paling bahagia. Ketawa, gembira bersama-sama. Aku suka. ;)



Perpisahan dengan keluarga sentiasa membuatkan aku rindu pada mereka.
Berbual dengan rakan yang jauh di mata, membuatkan aku tersenyum sentiasa.
Teringat kisah lama, membuatkan aku tutup buka lama - mencari buku baru, tapi sepertinya susah mahu jumpa. Maksudnya? ;)

Mencari cintaNya. Aku masih lagi mencari.

Mengemis Kasih oleh Raihan

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terheretlah aku dilorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi parah

Semalam sudah sampai kepenghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menhiris hati

Tuhan dosa itu menggunung
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaku


2011

Ramai yang sudah berazam?
Kenapa tidak mula dari awal Muharram? ;)

Azam aku?
Sejujurnya, aku tidak pernah berazam apa-apa setiap tahun. Aku cuma berdoa.

2011? Em...
Jom perbaiki IMAN? ;)


Ya, saya SYAZA SYAFEEQAH ingin memohon maaf jika ada terkasar bahasa, tersilap bicara, terlanjur kata. Jika ada sebarang penulisan saya yang mengguris hati anda, saya minta maaf ek! ;)



Nah, bunga dari Syaza. Sorry, malas nak edit. :P


Doakan yang terbaik buat Syaza untuk tahun 2011 dan tahun-tahun berikutnya ya. Semoga kita semoga sentiasa berada di bawah naungan rahmatNya. InsyaAllah, amin~

Wassalam~

2 comments: