Nuffnang Ads

Wednesday, December 22, 2010

Terpaksa Kebalkan Telinga Untuk Mempertahan Orang Lain - Bukan Salah Kita

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Maaf, sudah lama tidak mencoretkan sesuatu di teratak ini.
Syaza perlu meluangkan bersama dengan orang yang tercinta. Sesekali berjumpa - perlu melepaskan sebanyak rindu yang termampu. ;)

Kadang-kala kita menjadi mangsa bebelan orang atau nasihat yang sememangnya untuk kita tetapi ditujukan buat orang lain.
Kadang-kala hati kita meledak untuk melepaskan apa yang tersirat di sebalik senyuman tawar atau diam kita.
Tapi, apa yang mampu kita lakukan? Ya, hanya berdiam diri.
Mungkin ada di antara anda yang berani untuk bersuara dan menyatakan itu bukan salah kita atau itu bukan kita yang lakukan, dan mungkin juga ada hanya yang hanya mampu berdiam seribu bahasa - menyimpan dalam-dalam sehingga satu hari meletup jua. MUNGKIN.

Aku seorang yang bagaimana?
Biar aku sahaja yang tahu dan mungkin orang yang tahu aku bagaimana yang tahu aku bagaimana orangnya. Pening kepala? Abaikan sahaja. ;)
Kamu pula bagaimana?

Kebiasaannya kita terpaksa terima nasihat orang lain atau terus kebalkan telinga untuk mempertahankan orang lain, walaupun perkara itu tiada kena mengena dengan kita.
Nasihat yang ditujukan kepada kita adalah untuk orang lain, tetapi kita yang terpaksa dengar. Benar?
Mungkin ada baiknya dibuat begitu, tetapi mungkin ada yang tidak baiknya juga.
Kenapa tidak terus dikatakan kepada orang tersebut?
Kenapa perlu kita yang sampaikan?

Biasanya 'kita' dipanggil orang tengah.
Menjadi orang tengah bukannya senang. Kita terpaksa menerima segalanya.
Menelan segala nasihat, kritikan, pendapat dan tohmahan. Apa yang kita buat?
Ya, hanya berdiam. Mungkin juga ada yang bersuara menunjukkan ketidakpuashatian.
Mungkin juga ada yang sudah sakit hati dan juga sakit kepala akan mengatakan:
"Eh, kau cakap sendiri dengan dia boleh tak? Aku punya masalah pun belum tentu selesai, ni kau nak tambah masalah kau pada aku pula. Masalah kau yang dulu pun belum selesai lagi, ni nak tambah masalah lagi. Kau ni memang banyak masalah ek?"
Mungkin kata-kata ini akan dilontarkan jika diri sudah tidqak dapat ditahan lagi untuk jadi orang tengah.

Little Girl Crying Alone Pictures, Images and Photos


Biasanya, orang yang buat salah, tetapi kita yang terima bebelan.
Biasanya, orang yang buat masalah, tetapi kita yang kena kritikannya.
Sebabnya? Cuma kita rapat dengan dia.
Boleh terima ke?
Atau sebenarnya salah diri sendiri yang tidak tahu menasihati dengan cara yang betul selama ini?
Perkara begini boleh membuat kita pening kepala memikirkannya.
Semakin berat kepala kita apabila satu demi satu kritikan yang perlu kita terima.

Kadang-kala, kita sanggup menangis di malam gelap supaya tiada siapa yang tahu beratnya tanggungan kita untuk menahan segala kritikan, bebelan, nasihat atau apa sahaja yang diluahkan pada kita.
Kita sanggup menelan segalanya dan menahan diri kita dari meletup untup melepaskan segalanya keluar kerana kita takut kalau-kalau, kata-kata kita akan menyakiti hati orang yang mendengar.

Biar kita yang sakit hati dan biar orang yang meluahkan dapat melepaskan segala apa yang tersimpan, serta orang yang ditujukan tidak terasa apa-apa.
Tapi, adilkah begitu?

Persoalan yang sentiasa ditimbulkan dalan diri kita:

1. " Pernahkah kamu memahami diriku?"
2. " Pernahkah kamu mengambil tahu masalahku?"
3. " Pernahkah kamu betapa beratnya aku ingin menerima apa yang dikatakan oleh kamu untuk disimpan?"

Dan, terlalu banyak perkataan 'PERNAHKAH' yang ingin kita ajukan, tapi kita hanya mampu diam.

Jawapannya terpulang pada diri anda sendiri.
Aku hanya insan biasa yang cuba berkongsi sedikit pendapat yang cuba aku suratkan dalam penulisan ini.

Ada satu persinggahan yang tidak pernah aku jejaki untuk aku ceritakan kepada kamu. Aku harap kamu sanggup menunggu. ;)

Wassalam~

No comments:

Post a Comment