Apa khabar kalian?
Alhamdulillah.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi atas segala nikmat, rezeki, iman, kesihatan tubuh badan dan rahmat yang diberikan kepada kita olehNya.
Seperti yang Syaza coretkan di bahagian terakhir penulisan Syaza sebelum ni, sebenarnya Syaza ingin berkongsi sedikit sebanyak pengalaman Syaza ketika berada di Langkawi selama 5 hari.
Bermula dari 17 Disember 2010 hingga 21 Disember 2010.
Syaza dan keluarga amat berterima kasih kepada keluarga pak cik dan mak cik Syaza, sebab mereka yang sponsor kami untuk ke sana.
Terima kasih sangat-sangat. Jasamu akan kami kenang kerana pengalaman yang kami dapat amat bernilai sekali.
Ini adalah kali pertama Syaza dan keluarga (kecuali ayah, sebab ayah pernah pergi Langkawi kerana ada beberapa urusan) menjejaki Langkawi.
Kami bertolak dari Bangi lebih kurang pukul 6.30 pagi. Lepas solat subuh terus bergerak.
Perjalanan ke Kuala Kedah memang mengambil masa yang lama. Pertama kali juga kami menjejakkan kaki ke negeri Kedah.
Seterusnya, kami menaiki feri dari Kuala Kedah ke Langkawi. Feri bertolak lebih kurang pukul 4.00 petang.
Perjalanan ke Langkawi mengambil masa selama lebih kurang 1 jam 45 minit. Aku sempat tidur untuk beberapa minit.
Setibanya di sana, aku sudah dapat melihat burung helang yang besar tu berdiri dengan gah di tempatnya. He~
Pak cik dan mak cik aku terus menguruskan segalanya. Urusan menjadi lebih mudah kerana mak cikku sudah tempah segalanya terlebih dahulu.
Kami menyewa sebuah kereta Innova kerana keluargaku ada 5 orang dan keluarga pak cikku ada 3 orang.
Kami rasa amat teruja dan juga keletihan kerana seharian perjalanan amat memenatkan.
Kami terus menuju ke tempat tinggal kami untuk 5 hari, iaitu Hotel One Helang. Kedudukannya bersebelahan dengan Lapangan Terbang Langkawi.
Masuk bilik je, terus mandi, solat dan bersiap untuk makan malam.
Alhamdulillah, tempat yang selesa.
Setelah siap kesemuanya, kami terus pergi untuk mencari makan malam.
Kami pergi ke Pantai Chenang. Suasana malam di pantai tersebut amat meriah. Seronok sangat.
Kami memilih satu restoran yang diberi nama DIFIQA. Makanan yang disediakan amat menyelerakan sehingga hampir setiap malam kami makan di sana. Buat muka tebal je bila datang sana. He~
18 Disember 2010
Kami kembali ke jeti untuk menghantar pak cik dan ayahku ke Kuala Kedah kerana ada beberapa urusan. Selepas tu, ambil kesempatan untuk mengambil gambar di helang tu. ;)
Dah penat beraksi di helang, kami nak kembali ke kereta. Dalam perjalanan kembali ke kereta, kami nampak ular . Alah, ular yang boleh tangkap gambar tu. Jinak ularnya. Saya suka. ;)
19 Disember 2010
Kami pergi ke Langkawi Cable Car. Mula-mula pergi 7 orang je termasuk Abang Lan.
Lepas tu, bila pak cik dan ayahku dah pulang dari Kuala Kedah, kami pergi sekali lagi.
Tapi, kedua-duanya tak sempat naik.
Hari pertama pergi, terlalu ramai orang. Kami cuma pusing-pusing kat situ je.
Hari kedua pula, cuaca tidak mengizinkan kerana angin agak kuat.
Jadi, tak apalah walaupun sedikit hampa.
Kalau ada rezeki pergi lagi. InsyaAllah.
20 Disember 2010
Pak cik dan mak cikku ajak pergi ke pulau kat Langkawi ni. Kami pergi Tasik Dayang Bunting, Pulau Beras Basah dan akhir sekali pergi memancing. Dapat la juga dua, tiga ekor ikan. Itu pun bukan kita orang yang dapat, tapi abang yang bawa bot tu. Ha~
Sebelum pergi semua tu, lepas dari Langkawi Cable Car, terus pi Makam Mahsuri.
Sememangnya kami amat gembira. Terima kasih semua, terutamanya kepada keluarga pak cikku. Terima kasih sangat-sangat.
Sampai di sini sahaja.
Wassalam~
No comments:
Post a Comment