Nuffnang Ads

Tuesday, November 23, 2010

Akad Nikah Semakin Hampir, Debaran Jantung Semakin Laju - Persepsi Rakan Buat Aku Tersenyum

Assalamualaikum.

Hari ini, Syaza mengambil sedikit masa untuk mencoretkan sesuatu setelah pening membaca dan melihat kertas yang terdampar di sana-sini.

Ya, akad nikahku semakin hampir. Pada tanggal 27 November 2010, aku perlu berhadapan dengan akad nikah ini.
Ya Allah, Kau berilah aku kekuatan untuk menghadapinya dan bantulah aku ketika aku buntu dan memerlu bantuanMu.
Aku harap 'bakal suami' ku tidak membuatkan jantung aku terkeluar dari tempatnya.
'Tok Kadi' sentiasa bersedia untuk mendengar lafaz oleh 'bakal suami'.
Aku yang perlu menerima lagi gementar berbanding 'si bakal suami'.



Kertas-kertas untuk menyiapkan pelamin, kenduri dan akad nikah terlalu banyak.
Bukan perlu ditatap sahaja, tetapi perlu dihafal dan difahami sedalam-dalamnya supaya aku dapat memberi jawapan yang terbaik untuk 'bakal suami'.
Harap 'Tok Kadi' terima. ;)

Degupan jantung semakin laju. Akad nikah yang pertama perlu aku hadapi.
Keluarga sudah restui. Kini, aku yang perlu mengatur langkah menyiapkan segala-galanya.

Doakan aku semoga berjaya menjawab akad nikah ini setelah aku menerima pinangan dari si dia.

Kepada sahabatku, Citi Manisa, terima kasih atas status di mukabuka. Sememangnya aku terharu.
Perkataan akad nikah di situ membuatkan kawan-kawan kita terpaku.
Mereka ingat aku sudah ingin membina masjid, walaupun calon belum ada. Kau buat aku ketawa.
Kamu tahu, siap ada yang kata TAHNIAH padaku dan dia harap aku bahagia bersama si dia.
Aku sendiri tidak tahu si dia itu siapa.
Kau memang pandai buat berita tergempar, bukan?
Sedangkan akad nikah yang kita fahami itu adalah lain.
Apa-apa pun aku harap doa dari kamu semua.

Doakan Syaza supaya dapat menjawab peperiksaan akhir dengan lancar ek. ;)

Kepada pelajar-pelajar yang menduduki peperiksaan SPM dan STPM, semoga berjaya!
Anda telah berusaha selamat lebih kurang 2 tahun, anda perlu berdoa dan jangan lupa untuk bertawakal kepada Allah.




Wassalam~

2 comments:

  1. memang fanatik kucing betol lah kan ni ? hehe.penuh gambar kucing dkt side blog ni.hehe.
    salam kenalan :)

    ReplyDelete
  2. kucing peliharaan. tp dah tinggal seekor je.
    salam kenalan. ;)

    ReplyDelete