Nuffnang Ads

Monday, June 22, 2015

Ramadhan 5: Dah Bersedekah?

Bismillah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Pejam celik pejam celik dah 5 hari kita berpuasa di bulan Ramadhan.
Alhamdulillah.

Baiklah, ayuh kita teruskan dengan misi kita yang seterusnya.
Misi perubahan yang seterusnya ialah bersedekah.



Pabila cakap sedekah mesti terlintas wang ringgit.
Baiklah, cuba tengok dompet masing-masing, ada berapa ringgit?
Cukuplah RM1 kita sedekahkan kepada faqir miskin setiap hari.
Jadi, kalau setiap hari RM1, sebulan Ramadhan dah RM30.
Banyakkan?
Nah, tanpa sedar.
Sekiranya, kita tidak berkemampuan, maka cukuplah kita sedekahkan doa dan al-Fatihah buat mereka.

Allah Kasih Pada Orang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 195:
“Dan belanjakanlah (apa yang ada pada kamu) kerana (menegakkan) agama Allah, dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan (dengan bersikap bakhil); dan baikilah (dengan sebaik-baiknya segala usaha dan) perbuatan kamu; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.”

Allah Akan Sentiasa Membalas Kebaikan Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 215:
“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: “Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).”

Allah Melipat Gandakan Ganjaran Kepada Orang Yang Bersedekah, Al-Baqarah, Ayat 245:
“Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepadaNyalah kamu semua dikembalikan.”
Bulan Ramadhan ni juga jangan pula untuk lupa sedekahkan senyuman kepada orang lain.
Sedekah yang tidak memerlukan wang ringgit pun takkan tak nak buat.
Dapat pahala percuma. InsyaAllah. ;)

Banyak fadhilat sedekah yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya.
Janganlah lepaskan peluang keemasan ini, terutamanya pada bulan yang mulia ini Ramadhan.

Wassalam~

2 comments: