Nuffnang Ads

Saturday, June 27, 2015

Ramadhan 10: Hubungan Manusia dan Allah.

Bismillah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



Misi perubahan dan terakhir kita ialah jaga hubungan kita dengan manusia dan hubungan kita dengan Allah.

Surah Ali-Imran, ayat 102 -104.
Baiklah, kita sebagai manusia perlulah menjaga hubungan kita dengan Allah khasnya serta menjaga hubungan kita dengan sesama kita.
Macam mana nak jaga hubungan kita dengan Allah?
Pendek kata, buat apa yang Allah suruh, tinggal apa yang Allah larang.
Nampak macam mudahkan?
Memang mudah, sekiranya kita hidup dalam cara Islam. Allahu~ ;)

Macam mana pula nak jaga hubungan kita dengan manusia?
Pendek kata, jaga hati orang sekeliling, hati-hati dengan percakapan, fikir sebelum bercakap, eratkan silaturrahim.
Caranya?
Ikhlaskan hati dalam lakukan sesuatu dan biarlah sesuatu perkenalan dan perpisahan kita itu kerana Allah.
Sayang kita kepada seseorang itu kerana Allah.
Cara yang paling penting, jaga hubungan kita dengan Allah terlebih dahulu, insyaAllah semuanya beres. ;)



Syaza terbaca satu pengisian yang sangat berguna tentang topik Syaza hari ni, dan Syaza nak kongsikan kepada kalian.
Syaza dapat dari, keranakasihnabi.blogspot.com.

‘Hablun’ bermaksud tali – ada beberapa pendapat tentang maksudnya. Antaranya ialah maknanya merujuk kepada:

  • Jemaah Allah
  • Islam
  • Perjanjian kita dengan Allah
  • Al-Quran
Seterusnya, Allah larang manusia berpecah-belah. Secara ringkasnya, ayat-ayat di atas menerangkan tentang hubungan kita dengan:



  • Allah – melalui tauhid dan ibadat
  • Manusia lain – jangan berpecah-belah

Senarai soalan dan jawapan

S: Apakah maksud hubungan manusia dengan Allah?


J: Allah ialah pencipta kita dan kita adalah hambanya. Oleh itu, kita mesti mentaati segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya.

S: Apakah maksud hubungan manusia dengan manusia?

J: Ada orang yang menjaga hubungannya dengan Allah dengan baik, tetapi mengabaikan hubungan dengan manusia lain. Ini sebenarnya tidak cukup. Dalam surah Al-Hujurat, disebutkan bahawa manusia itu hidup bersaudara. Kita juga diberikan tanggungjawab dakwah dan ini memerlukan interaksi dengan manusia lain. Alla menyuruh kita tolong-menolong dalam perkara kebaikan dan tidak dalam perkaran yang tidak baik.

S: Bagaimana untuk berhubung dengan Allah SWT?

J: Allah juga ada talian-Nya iaitu 24434 J. Itulah solat. Ini menunjukkan bahawa untuk berhubung dengan Allah melalui solat, kita perlu selalu bermunajat kepada Allah. Hari ini, orang ada masalah tetapi tidak mahu merujuk kepada Allah. Nabi Muhammad SAW, walaupun maksum tidak pernah lupa untuk mengadu dan merintih pada Allah. Kita perlu ingat bahawa dalam apa jua keadaannya, kita ada Allah. Oleh itu, jaga solat, jaga aurat. Jangan cari perantaraan seperti bomoh, tangkal dan sebagainya untuk berhubung dengan Allah.

S: Apakah kelebihan berhubung dengan Allah?

J: Ada banyak – antaranya Allah redha dengan kita, Allah beri rahmat, ketenangan dalam dada. Orang kaya mana sekalipun takkan dapat membeli ketenangan.

S: Apakah kesan tidak berhubung dengan Allah?

J: Ada satu kisah seorang anak yang ayahnya telah berusia 80 tahun lebih tetapi enggan solat kerana beranggapan tanpa solat pun dirinya sihat dan hartanya banyak. Orang yang terus-menerus berbuat dosa, hatinya akan dipenuhi titik hitam dan menjadi semakin keras. Inilah yang Allah nyatakan bahawa hati mereka akan dipalam, dipateri daripada hidayah Allah. Orang seperti ini akan mendapat murka Allah. Walaupun dia mendapat harta dunia, tetapi di akhirat dia akan mendapat balasan atas kemungkarannya.

S: Apakah kepentingan hubungan manusia dengan manusia lain?

J: Ini adalah perintah Allah. Setiap kita mempunyai hak kepada manusia lain – contohnya hak keluarga, hak jiran, hak masyarakat dan seumpamanya. Hubungan dengan manusia juga merupakan satu jalan untuk kita mendapat syurga Allah. Orang yang beribadat sahaja tetapi buruk akhlak dengan manusia dengan suka hasad denga manusia lain, memutuskan silaturrahim dan seumpamanya, maka semua pahala ibadatnya akan hilang begitu saja.

S: Mohon ustaz terangkan tentang golongan yang muflis?

J: Suatu hari Nabi SAW bertanya, “Kamu tahu tak siapakah orang yang muflis?”. Jawab sahabat “Orang yang tiada dinar atau dirham”. Baginda SAW kemudian menerangkan bahawa orang yang muflis di akhirat ialah orang yang datang kepada Allah dengan pahala solat, puasa, zakat tetapi dia banyak masalah dalam hubungan dengan manusia. Pahalanya akan diberi kepada orang yang disakitinya dan sekiranya telah habis pahalanya, maka dosa orang yang disakitinya pula yang akan ditanggungnya.

S: Apakah cara terbaik menghadapi orang yang jahat lidahnya?

J: Nabi SAW ada menyebut bahawa antara sebab orang masuk neraka ialah lidah. Oleh itu, Nabi SAW suruh kita kawal lidah dan Allah menyuruh agar kita banyakkan bersabar.

S: Adakah tarikat merupakan satu cara menghubungkan diri dengan Allah?

J: “Tarikatun” maksudnya jalan iaitu mencari jalan kepada Allah. Amalan tarikat merangkumi zikir-zikir tertentu yang diamalkan secara konsisten. Selagi mana apa yang dilakukan itu berasaskan ilmu, maka boleh dilakukan.

S: Adakah warak bermaksud – duduk sendirian dan tak bergaul dengan orang lain?

J: Bukan. Warak maksudnya ialah mematuhi perintah Allah SWT dan meliputi hubungan dengan Allah dan dengan manusia. Contoh orang yang warak ialah Imam Nawawi. Pada suatu ketika di kampungnya ada orang menjual buah daripada tanah waqaf. Oleh kerana itu, beliau meninggalkan untuk makan buah kerana tidak dapat dipastikan sumber mana yang bukan daripada tanah waqaf.

***


Alhamdulillah, semakin jelas bukan?
Saudara ni dapat dari Tanyalah Ustaz.
Jadi, semoga kita dapat menjaga hubungan kita dengan Allah dan juga makluk-makhluknya. InsyaAllah.

***

Baiklah, seperti pada awal penulisan tadi, Syaza ada katakan bahawa ini adalah misi terakhir kita.
Kenapa terakhir?
Bagi Syaza cukuplah kita buat 10 misi ini dan cuba untuk istiqamahkan ia hingga ke akhirnya.
Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Kalau buat banyak sekali gus, takut tak dapat istiqamah.
Lama-lama satu habuk pun tak ada.
Jadi, kita cuba sikit-sikit dulu ek.
Kita cek semula dari misi perubahan kita yang pertama, iaitu awalkan waktu solat.
Ha, macam mana?
Sekiranya masih belum berjaya, ayuh kita cuba perbaiki.
Kita buat satu-satu.
Moga Allah permudahkan ya. ;)
InsyaAllah.
Moga Allah redha.

Wassalam~

Salam Ramadhan. ;)

4 comments:

  1. Perkongsian Syaza cukup bermanfaat... Moga apa yang kita amalkan mendapat redha Allah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah. Terima kasih zumal. insyaAllah.... ;)

      Delete
  2. terima kasih syaza kerana mengingatkan..semoga kita istiqamah dengan amalan yg baik

    ReplyDelete