Nuffnang Ads

Wednesday, June 24, 2015

Ramadhan 6: Cantiknya Dia...

Bismillah...

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Maaf lewat untuk update Ramadhan 6, badan kurang sihat.
Ayuh, kita teruskan misi perubahan kita yang seterusnya.
Misi yang seterusnya ialah menutup aurat.



Ramai orang kata kalau bab menutup aurat ni, kena tunggu hidayah dulu. Hidayah tak sampai lagi katanya.
Macam mana nak sampai kalau tak dicari.
Nak melakukan sesuatu perubahan ni memang perlukan kesabaran, ketabahan dan kegigihan.
Nak berubah pun depend pada seseorang itu, ada yang drastik, ada yang berperingkat-peringkat.
Bagi mereka masa untuk berubah.

Seperti yang kita tahu, aurat wanita yang boleh ditunjukkan kepada lelaki bukan mahram ialah muka dan pergelangan tangan sahaja.
Bagi yang lelaki pula, bahagian yang perlu ditutp ialah dari bahgian pusat sehingga lutut.
Yang perlu menjaga aurat bukan sahaja wanita, malahan lelaki juga perlu menjaga aurat mereka.



Dalam al-Quran, Allah berfirman dalam surah An-Nur ayat 30-31 tentang aurat:

Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. (Ayat 30)
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. (Ayat 31)
Baiklah, sekarang kita dapat lihat pelbagai fesyen tudung, baju yang ada pada zaman ini.
Tidak salah untuk berfesyen tetapi yang penting kita kena ikut syari'at Islam.
Fesyennya biarlah, tudungnya labuh menutupi bahagian dada, bajunya perlulah labuh dan tidak ketat, seluarnya perlulah tidak ketat.

Dannnn...
Satu perkara yang selalu orang lupa ialah memakai stokin.
Kakinya tu perlu dijaga supaya tak masuk kuman.
Kan cantik pakai stokin seperti kakinya dijaga.
Kesian kakinya terdedah dengan kotoran.
Jadi, jagalah ia. Tutuplah ia. ;)


Nah, cek semula anda di tahap yang mana?

Kepada yang belum bertudung, belajarlah untuk bertudung.
Kepada yang dah bertudung, cek semula,betul tak tudung kita tu.

Kepada kaum Adam...
Cek semula seluar tu cukup panjang ke tak.

Zaman sekarang ni, bukan kaun Adam je yang kena jaga pandangan, kaum Hawa pun kena juga jaga pandangan. ;)



Wassalam~

2 comments: