Nuffnang Ads

Thursday, June 18, 2015

Ramadhan 1: Awalkan Solat.

Bismillah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.



Alhamdulillah, berjumpa juga kita dengan bulan Ramadhan pada hari ini.
Setiap kali masuk bulan Ramadhan, mesti kita pasang niat untuk berubah, bukan?
Maka, ayuhlah sama-sama kita berubah sedikit demi sedikit.
Allah suka akan hambaNya yang berubah walaupun kecil perubahan itu, tetapi dia ISTIQAMAH.
Oleh itu, ayuhlah kita perlahan-lahan istiqamah dalam perubahan yang kita impikan. InsyaAllah.

Baiklah, perubahan pertama untuk 1 Ramadhan kali ini ialah, marilah sama-sama kita cuba untuk solat di awal waktu.
Solat di awal waktu ni banyak fadhilatnya.
Bukan sahaja Allah suka, tapi kita sendiri senang.
Sebab apa?
Sebab kalau kita solat pada awal waktu, kita boleh selesaikan tugasan kita dengan tenang. InsyaAllah.
Solat di awal waktu dapat membantu kita supaya urusan kita dipermudahkan oleh Allah. InsyaAllah.
Bila kita dah solat, semua perkara yang kita nak buat, insyaAllah boleh selesai dengan bantuan Allah.

Kadang-kala, kita sanggup korbankan waktu solat kita semata-mata untuk menyelesaikan sesuatu perkara itu.
Kita beranggapan bahawa, bila kita solat dulu, tugasan yang perlu disiapkan itu akan terbengkalai.
Anggapan ini salah ya kawan-kawan.
Rezeki, idea, nikmat, semua itu daripada Allah.
Maka, solatlah terlebih dahulu supaya Allah permudahkan semua urusan kita. InsyaAllah.

Pabila solat di awal waktu, kita akan dapat rasakan bahawa masa tu panjang je.
Tak percaya?
Cuba buat. ;)

Sekiranya anda tidak solat, maka belajarlah untuk solat.
Sekiranya anda sudah solat, maka belajarlah solat di awal waktu.
Sekiranya anda solat, perbanyakkan solat-solat sunat.
Sekiranya anda solat, perbaikilah solat anda,

Maka, 1 Ramadhan ini, marilah kita cuba untuk solat di awal waktu. InsyaAllah.

Moga Allah terima amalan-amalan kita. InsyaAllah.

Salam Ramadhan buat semua.

Wassalam~

2 comments:

  1. Salam Ramadhan Syaza, moga kita berubah untuk jadi insan yang lebih mulia di sisi Allah...

    ReplyDelete