Nuffnang Ads

Friday, November 5, 2010

Ke Mana Hilangnya Kaum Muda Adam?

Assalamualaikum.

Apa khabar semua?
Syaza harap anda sihat hendaknya. InsyaAllah.

Hari demi hari berlalu.
Hari akad nikahnya semakin hampir.
Debaran jantung semakin laju.
Kadang-kala, penat untuk membuka buku.

Susah-susah dahulu, senang-senang kemudian.
Itu yang aku pegang.

Doakan aku ya. ;)

***


Ke Mana Hilangnya Kaum Muda Adam?

Sayup suara azan mendayu.
Sujud kepadaNya yang Satu.
Salam terakhir diberikan.
Lipat kain baldu. Kemas.
Langsir tingkap dibuselak.
Pandangan tertancap ke rumah Allah yang tersergam indah.
Melihat satu demi satu melangkah pergi.

Rambut mula memutih.
Wajah tampak berkedut.
Kaki bertapak perlahan.
Itu yang dilihat.

Wajah yang kacak.
Kaki melangkah gagah.
Tubuh tampak tegap.
Tidak kelihatan.
Kenapa?
Ke mana hilangnya mereka?

Wahai kaum muda Adam!
Ke mana hilangnya kamu?
Sibuk mencari harta sehingga lupa ganjaran pahala?

Wahai kaum muda Adam!
Ke mana hilangnya kamu?
Sibuk bersama 'bakal isteri' sehingga lupa seruan Ilahi?
Ke mana hilangnya kamu, kaum muda Adam?!

Kehadiranmu kusedar pabila hari Jumaat menjelang,
Kehadiranmu kulihat pabila seruan takbir berkumandang.
Ke mana kamu selain hari-hari itu?

Adam,
Kamu bakal suami Hawa,
Bimbing Hawa dengan agama.

Adam,
Kamu bakal ketua keluarga,
Jangan sibuk harta dunia sehingga anak bini kamu lupa.

Adam,
Jangan kamu terlena dengan hasutan dunia,
Bangkitlah selagi ada masa,
Kerana kamu adalah pelapis agama.

Nukilan,
Syaza


Wassalam~

No comments:

Post a Comment