Nuffnang Ads

Tuesday, August 10, 2010

Ahlan Wasahlan Ya Ramadhan - Puasa Tanpa Keluarga Membuatkan Aku Diam

Assalamualaikum semua.

Apa khabar kalian?
Alhamdulillah Syaza di sini sihat wal'afiat.

InsyaAllah esok kita sudah mula untuk berpuasa di bulan yang dinanti-nanti oleh kita semua iaitu bulan Ramadhan.
Subhanallah, rasanya masa berjalan sekejap sahaja.

Mari kita sama-sama membaca artikel ini:

“Ramadan kali ini aku nak cuba baiki diri. Lama dah rasanya tak buat amalan sunat. Rasa diri ini tak pandai menyambut Ramadan. Tapi kali ini aku nak cuba agar sejarah silam tak kembali lagi…”

Mungkin itulah kata hati kita apabila tibanya malam pertama Ramadan kali ini memandangkan Ramadan yang lepas disia-siakan. Adakalanya terasa juga ruginya umur remaja dijadikan masa untuk bersuka-ria sahaja. Sibuk dengan kawan-kawan, enjoy sana, enjoy sini hingga syariat Tuhan diabaikan. Tuhan semakin ditinggalkan apatah lagi nak dicintai. Huh… sibuk benar mengejar dunia yang sementara saja.

Ramadan yang sarat dengan janji pahala dan keampunan tidak layak untuk kita sia-siakan. Sesungguhnya puasa zahir ditandai dengan berakhirnya siang, iaitu ketika mulai tenggelamnya matahari di tempat istirehatnya. Semasa berbuka lupa Ramadan sekejap, rasa dunia ini dia yang punya, pelbagai jenis air, bermacam-macam warna dan rasa, kuih tak tau la berapa jenis, belum lagi lauk pauk. Pendek kata tak ada ruang lagi la atas meja tu. Akhirnya semua itu akan dimasukkan ke dalam tong sampah kerana perut tak dapat menampung beban makanan yang masuk…membazir bukan.

Akan tetapi puasa orang-orang yang dekat dengan Tuhan, tidak berpenghujung. Tidak dimulai dengan syuruk dan tidak diakhiri dengan ghurub. Tidak dapat dihitung dengan bilangan jam dan batasan waktu. Malah dilakukan dengan bersungguh-sungguh dan mengharap reda Allah. PUASA MEREKA DIIRINGI DENGAN RASA BERTUHAN YANG MENDALAM DAN RASA HAMBA YANG MEKAR MEMBUNGA. Dirasakan Ramadan inilah rahmat dan kasih sayang Tuhan itu melimpah-ruah.

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Ingatan ini mesti dijaga agar ibadah puasa kita tidak rosak dan sia-sia walaupun tepat syarat dan rukunnya.

Selanjutnya Rasulullah SAW memberitahu kita supaya banyakkan ibadah di bulan puasa kerana balasannya sungguh istimewa. Ia bulan pengampunan dosa juga bulan dikabulkan doa. Terhimpun kebaikan padanya. Syurga rindu orang yang memuliakannya.

Bagi orang yang menghayati Ramadhan yang diberkati, puasanya akan berkesan dihati hingga membina peribadi.

Nabi SAW bersabda: “Siapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana iman dan mengharapkan reda Allah, akan diampuni dosanya yang terdahulu dan kemudian”

Inilah puasa yang hakiki..

Oh Ramadhan…kedatanganmu kurindu..kehadiranmu menggamit ketenanganku.

***



Jadi marilah kita sama-sama perbanyakkan amalan-amalan di bulan yang mulia ini. :)
Jiwa kita akan rasa tenang apabila kita dapat menghayati dan merasai keistimewaan bulan Ramadhan ini.

Sebentar tadi, Syaza dapat mesej daripada adik tercinta, Khairah. Mesej yang membuat Syaza tersenyum walaupun Syaza tahu dia dapat daripada orang lain. He~

" Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak 1431 "
Semoga kita tidak lupa Renew Lesen Muluit.
Serviskan Hati.
Kawal Kadar Pencemaran Mata dan Telinga.
Peliharalah Enjin Perut.
Tax Minda dan Cukai Kesabaran.
Anda mungkin salah seorang pemenang Anugerah Malam Lailatul Qadar 2010.


Bercakap tentang Lailatul Qadar, janganlah pula kita ni 10 malam terakhir baru nak perbanyakkan amalan. Biarlah kita bermula dari awal supaya kita dapat merasakan keindahan bulan Ramadhan. ;)

***


Berpuasa bersama rakan serumah amat berbeza suasananya berbanding berpuasa bersama keluarga.
Aku hanya diam.
Menanamkan rindu kepada keluarga tercinta yang teramat.
Senyuman kuukir walaupun derita. :)

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada seluruh umat Islam. ;)

Wassalam~

3 comments:

  1. selamat berpuasa yea syaza...
    bykkn bersabar..
    biasalah hidup merantau.. :)

    ReplyDelete
  2. orang yang bersabar selalu mendapat kemenangan :) selamat berpuasa.. Salam ramadhan

    ReplyDelete
  3. Qaseh: selamat berpuasa gak! insyaAllah. ;)

    Hadi: insyaAllah hadi. selamat berpuasa juga. ;)

    ReplyDelete