Nuffnang Ads

Saturday, June 12, 2010

Hatiku Berbunga Mekar Apabila Melihat Satu Nama Punya Senyuman Di Belakangnya.

Assalamualaikum semua.

Hari yang agak membosankan, bukan?
Sekarang ni kerja Syaza online, online dan online.
Kenapa online je?
Sebab tak tahu nak buat apa. He~
Kamu pula macam mana?

Kalau online, Syaza tengok cerita online. Cerita korea ke, jepun ke. Apa-apa jelah, asalkan best.

Walaupun Syaza ni balik-balik online, tapi tak ada idea nak update apa untuk blog ni. Sorrylah ek.

......................................................................................

Semalam masa tengok bola, adik Syaza tanya Syaza: " Bila PLKN balik?"
Ya Allah, kenapa dia tanya soalan ni?
Syaza jawablah: " Kalau sebetul-betulnya esok lah (12.06.2010). Kenapa?"
Adik: " Dia dah balik ke?"
Syaza: " Entahlah. Kenapa?"
Adik: " Ajja mesejlah. Tanya dia balik bila."

Aku hanya mengukir senyuman walau telefon bimbitku telah adikku berikan.

Syaza: Nak tulis apa?
Adik: Ish, marilah!

Terus adikku yang menaip mesej tersebut. Syaza pun tak tahu apa yang dia tulis. Syaza biarkan sahaja. Jam dinding menunjukkan jam 11 lebih.

Adik: Eh, kenapa ada senyuman kat belakang nama dia?
Syaza: Hah? Aku tersenyum.

Setelah mesej dihantar, adikku sudah setia menunggu mesej yang dibalas olehnya. Beberapa minit kemudian, telefon bimbitku berbunyi tanda satu pesanan ringkas kuterima.

Adik: Apa dia balas?
Syaza: Jap.
Adik: Cepatlah. Jangan padam ek mesej tu.
Syaza: Ya.

Sememangnya kalau ada mesej yang kuterima, selepas dibaca aku akan terus memadamnya setelah dibalas.

Setiap mesej yang diterima kubalas. Setiap mesej yang diterima kuberikan adikku untuk membacanya.

Sememangnya hatiku berbunga mekar apabila melihat satu nama punya senyuman di belakangnya. Ha~ Nama yang punya senyuman itu hanya dia.



Katanya, dia tidak mahu pulang ke KK dan hanya ingin menetap di kampungnya sahaja. Adikku terus membantah. Tidak puas hati agaknya dengan jawapan yang diberikan.

Penggunaan perkataan 'aku' dan 'kau' agak tidak selesa bagi aku. Kerana aku biasa memanggil namanya. Namun, aku hanya biasa sahaja. Dia memang kawanku. Aku dan dia hanya kenalan yang payah untuk kami ungkapkan saat perkenalan itu. Ha~

Apa-apa pun, doaku sentiasa mengiringimu. Namanya sentiasa kuselitkan dalam doaku.

Wassalam~

5 comments:

  1. senyum lu. (:
    hehehe

    doa utk si dia di selit dalam senyap2. walaupun diri ini tidak berapa dgr doa e2. tp diri ini tetap dgr walaupun sedikit pon. HAHAHA

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. sape poyo?
    hang ka cek?
    bluek! c(:

    ReplyDelete