Assalamualaikum semua.
Apa khabar?
Tengah pening? Strees?
Mari rehatkan minda dengan baca kisah ini.
Sememangnya membuatkan Syaza tersenyum. Geli hati membacanya.
Cikgu Zoo
Cikgu zuraini seorang guru baru yang sangat periang orangnya. Dia memulakan kelas pada hari pertamanya,
"Assalamualaikum dan selamat pagi semua" kata Cikgu Zuraini. Murid-murid menjawab seperti biasa.
’Okey, panggil sy Cikgu Zu, urmm.. siapa dapat teka apa nama penuh sy’’ soal Cikgu Zu dengan penuh riang.
Tiba seorang murid menjawab ’ Zoo Melaka kot...eh2 tak..Zoo Negara kot.. Cikgu Zu(zoo) #$%^%&**!!!
Geografi
Dengan tiba-tiba Cikgu Mai masuk ke kelas dan seraya berkata "Hari ini saya nak uji pengetahuan kamu"
Cikgu Mai: Kamu Zul, kenapa kamu cakap bumi ini bulat?, soal Cikgu Mai
Zul: Eh, mana ada saya cakap
Cikgu Mai: erk???
Diantara
Cikgu Zuraini sekali lagi masuk ke kelas yang sama pada hari ke-2.
Cikgu Zuraini: Alam cakerawala mempunyai pelbagai lapisan.Saya nak tanya kamu, apa yang ada diantara langit dan bumi?
Pelajar: urmm...Dan kot?
Lepas ni?
Ustazah Sarah : Lepas ni, kita sendiri rancang kemana kita, syurga atau neraka.
Pelajar 1: Ustazah ada ke org nak masuk neraka?
Ustazah Sarah: Siapa nak masuk neraka angkat tangan?
Tiada siapa yang angkat.
Ustazah Sarah: Siapa yang nak masuk syurga?
Terdapat seorng pelajar yang tidak mengangkat tangan.
Ustzah Sarah: Hey kamu! Kenapa kamu tak angkat tangan syurga atau neraka? Kamu nak pergi mana?
Pelajar tersebut: Ayah tak beri keluar rumah lepas ni.
2x5..5x2...
Akibat seorang pelajar lewat. Cikgu Farid mendenda semua pelajarnya berdiri di luar kelas.
Pelajar lewat: Cikgu, tak adil la cikgu buat macamni.
Cikgu Farid: Ah.. siapa suruh kamu lewat!!
Pelajar lewat: Tapi saya selalu nampak Cikgu datang lewat, kenapa cikgu-cikgu yang lain tak kena berdiri diluar sekolah?
Lalu Cikgu Farid mengambil pembaris yang agak panjang.
Salah translate
Pada hari pertama persekolahan Teacher Fara masuk ke kelas 1 Adil. Beliau memulakan kelas seperti biasa. Semasa di akhir waktu,
Teacher Fara: Okey class.. ada apa-apa soalan?
Pelajar: Teacher maksud sex tu ape? (sambil tersengeh-sengeh)
Bagi mengelak pelajar tersebut terpengaruh dengan perkara-perkara negatif,maka Teacher Fara memberikan jawapan secara mengkiaskan kumbang dan bunga,telur yang yang menetaskan berudu dan seterusnya menjadi
katak, hujan serta benih yang mencetuskan tunas, diikuti dengan
pembentukan bayi dalam kandungan.
Pelajar: Sambil menangis. Teacher, panjangnya jawapan. Tak sempat saya nak tulis kt buku ni.
NAME : ............ ......... ......... ....
SCHOOL : ............ ......... ......... ...
CLASS : ............ ......... ......... ....
SEX :........... ......... ......... .....
Bijak atau Belit?
Cikgu Farid memanggil semua pelajar ke padang bagi matapelajaran Pendidikan Jasmani.
Cikgu Farid: Okey.. Semua baring dan buat seperti mengayuh basikal. Kayuh laju-laju seperti kamu menuruni bukit.
Tiba-tiba ada pelajar membuat kayuhan yang perlahan.
Cikgu Farid: Hey Ramesh kenapa kamu perlahan, saya cakap laju seperti turun bukit.
Ramesh: Basikal saya naik bukit la cikgu.(dengan penuh yakin)
Amacam? He~
Syaza dapat dari sini.
Itu sahaja perkongsian untuk hari ini.
p/s: Pegawai bank a.k.a customer service itu memang membuatkan aku naik darah. Marah. Nasib baik mukanya tak berdarah. Merah. Ha~
Wassalam~
No comments:
Post a Comment