Wah, dah lama juga Syaza tak menyibuk kat sini.
Semenjak dua menjak ni, Syaza agak sibuk untuk persiapan melanjutkan pelajaran.
Maaf ya!
Syaza akan terbang ke Kuala Lumpur pada 3 Julai ni dan Syaza akan daftar di Perak pada 4 Julai.
Perak kat mana?
Syaza akan melanjutkan pelajaran kat UPSI, Tanjung Malim, Perak.
Perak! Here I come! He~
Kemungkinan besar, blog ni tidak akan ter'update' dalam jangka masa yang panjang.
Syaza harap, kamu faham ek! ;)
Semalam, semasa tengok Showdown 2010, Syaza mesej dengan 'nama yang punya senyuman di belakangnya'.
Disebabkan Syaza dapat bonus dari Celcom sebab setia sehingga ke akhir hayat. Ha~ Dapat percuma 55 SMS kepada senarai 8pax. Jadi, Syaza bagilah mesej pada dia.
Bilalah Syaza nak bagi tahu nama dia kan. He~
Sebenarnya nama dia pernah ditulis di blog ni. Cuba-cubalah teka ya.
Syaza tengok Showdown 2010?
Yes, of course!
Menghilangkan kebosanan hari Rabu, sebab tak ada program.
Walaupun semalam memang ngantuk tahap gaban, tetapi masih lagi dapat dibendung.
Semalam mesej dengan dia memang buat aku ketawa pada waktu tidurku.
Kata-kata 'nama yang punya senyuman di belakangnya' memang buat aku ketawa terbahak. Aku ingin ketawa sahaja apabila teringatkan kata-kata dia.
Memang poyo arr dia ni.
Sebab apa Syaza boleh ketawa?
Kita orang cerita pasal PLKN dan terselit dan satu tajuk ni.
Tajuk ni memang buat aku ketawa bila memori ini dimainkan kembali akan cerita yang dikongsikan.
Syaza rasa pelik juga, sebab tak ada terselit rasa cemburu atau apa-apa sahaja perasaan yang sewaktu dengannya.
Ini kerana, Syaza hanya anggap dia sebagai kawan Syaza sahaja.
Mungkin juga, hatiku sudah tawar terhadapnya. Ha~
Bosan menunggu agaknya.
Lagipun, kalau bab cemburu-cemburu ni, bukan pada Syaza. Syaza tak akan rasa apa-apa kerana Syaza akan kutip kekuatan untuk semua itu.
Syaza beritahu pada dia yang Syaza akan terbang ke Kuala Lumpur pada 3 Julai ni dan jawapannya membuatkan aku biasa sahaja. Ha~
Dia beritahu Syaza supaya jangan lupakan dia.
Syaza balas, insyaAllah takkan lupa punya. :)
InsyaAllah, kalau Syaza punya masa dan idea untuk update, Syaza akan update.
Syaza minta maaf sangat-sangat kalau blog Syaza ni lama menyepi ya.
Medical check-up, bila aku nak pergi? Ha~
Wassalam~
selamat sambung study...dah lama tak g lepak kat upsi...dulu selalu pergi sana...bekas awek dulu study kat situ...hehehehehe
ReplyDeleteblaja leklok...
ReplyDeletejangan tinggal daku! =D
ReplyDeletePOYOnezzz giler a mamat 2.
mohd fadil: tQ! oh, ek?
ReplyDeleteprinceduyong: insyaAllah. doakan yg terbaik utk syaza ya.
KN28: bha? btul2.