Nuffnang Ads

Sunday, June 27, 2010

Debaran Semakinku Rasa | Aku Sudah Jadi Tunangan Orang?

Assalamualaikum semua.

Apa khabar semua?
Wah, sudah lama Syaza tidak meninggalkan jejak di blog ini ya.
Maaf ya, Syaza tidak punya masa kerana sibuk berkemas untuk melanjutkan pelajaran.
Paling tidak pun, Syaza jenguk sahaja blog ini tanpa sedikit penulisan buat kamu.
Maaf ya. Gomen nasai!

Bila sebut tentang melanjutkan pelajaran ni, memang serabut kepala Syaza dibuatnya. Nak beli ini, nak beli itu. Nak kemas ini, nak kemas itu. Aduhai.
Apa-apa pun, doakan yang terbaik untuk Syaza ya.
InsyaAllah kalau Syaza punya kelapangan masa untuk meng'update' entri di blog Syaza ini, supaya kamu turut masa bagaimana keadaan Syaza di sana nanti, Syaza akan update. InsyaAllah.

Semakin hari, Syaza menyedari bahawa Syaza semakin berdiam diri. Syaza pun tidak tahu kenapa dan mengapa.
Mungkin kerana memikirkan apa yang perlu dibereskan. He~
Sememangnya debaran semakin dapat kurasakan.

Semalam, Syaza dan 'nama yang punya senyuman di belakangnya' bermain kata-kata.
Seawal jam 7.20 pagi, telefon bimbit berbunyi - menganggu penghayatan aku ketika menonton video Wanita Berkalung Sorban
Nama dia terpapar di skri. Aku tersenyum.
Kubaca mesejnya, membuatkan aku mengukir senyuman lebar.
Mula-mulanya, aku biarkan sahaja mesej itu. Ketika itu, aku tidak punya mood untuk bermain kata-kata. Kontang idea.
Tetapi akhirnya, aku balas juga dengan kata-kata yang diberikan oleh sahabatku kepadaku.

Mesej yang seterusnya diberikan. Tetapi selepas itu, mood aku sudah terbit. Aku taip satu huruf demi satu huruf. Membina satu perenggan yang penuh dengan ayat.
Mesej demi mesej dibalas dan akhirnya dia mengaku kalah.
Aku beritahu pada dia supaya lain kali kutip kekuatan untuk bermain kata dengan aku ya. :)

Penulisanku yang ini telah membuatkan orang salah faham. Aku ketawa bila mendengar cerita dari adikku.
Aku sarankan pada semua, jangan hanya terpedaya pada tajuk ya.
Baca isi sampai ke akhirnya dan persoalan di minda akan terhapus segala.

Bila ada yang sudah masuk meminang, mesti sudah jadi tunangan orang bukan? Ha~
Perkara ini memang buat aku senyum dan ketawa.
Aku masih belasan tahun dan aku ingin jadi tunangan orang?
Aduhai, mungkin itu bukan aku.
Aku masih punya matlamat yang perlu aku selesaikan.

The ring Pictures, Images and Photos


Cincin yang terselit di jari manisku pun belum ada.
Lagikan hantaran yang datang ke rumahku.
Aku rasa aku perlukan hantaran yang mahal harganya. Ha~ Tamakkan aku.
Jadi, jangan masuk meminang ketika ini ya.
Kalau tidak mahu hatimu ditembak dengan kata-kata yang akan aku berikan.

Kalau mahu juga, tolong berikan aku gelang tangan yang punya huruf S tergantung di gelang itu ya.
Cincin? Tidak akan aku pakai. Aku tidak suka.
Paling tidak pun, berikan aku jam tangan digital yang punya namaku di belakangnya.
Ya, sememangnya aku tidak gemar jam yang punya jarum di dalamnya. ;)
Hantaran?
Berikan aku sebuah rumah banglo ya. He~

NEWBORN DIGITAL WATCH Pictures, Images and Photos


Seperti aku tulis sebelum ini, borang masih boleh diisi, tetapi akanku teliti satu persatu bila aku sudah dewasa dan bekerjaya nanti.
Ada yang sudi? Ha~

Wassalam~

5 comments: