Nuffnang Ads

Tuesday, September 8, 2015

Bahasa Arab?

Assalamualaikum.



Tersentap seketika aku untuk kelas pertama buat hari ini.
Kelas Bahasa Arab Komunikasi untuk pengayaan diri.
Aku pilih bahasa Arab untuk bahasa ketiga kerana aku mahu belajar akannya. Lama dah aku tinggalkan untuk memahami bahasa arab.
Kalau sebelum ni, aku terkejar-kejar untuk belajar bahasa Jepun dan Korea.
Tapi aku tidak pilih bahasa-bahasa itu untuk bahasa ketiga aku di universiti ini. Semoga Allah redha dengan pilihan ini. InsyaAllah.
Kalau sebelum ni, memang pernah terdetik di dalam diri untuk belajar sedikit-sedikit bahasa Arab, namun setiap kali itu juga aku kalah dengan diri aku sendiri yang lebih mengutamakan aku untuk mempelajari bahasa Jepun.
Dan alhamdulillah, mungkin ini adalah cara yang terbaik untuk aku peringat kembali apa yang telah aku pelajari masa sekolah rendah dulu.

Sejak kecil lagi aku dididik untuk mengenal huruf-huruf Arab, membaca Iqra', Muqaddam dan seterusnya Al-Quran.
Sehingga kini, alhamdulillah masih fasih dalam membaca al-Quran.
Walaupun sudah banyak kali khatam, walaupun banyak kali membaca Al-Quran beserta terjemahannya, namun aku masih tetap lupa akan maksud-maksud disebalik ayat-ayatnya.

Ustaz kata, selama ini kamu baca al-Quran, adakah kamu faham akan maksudnya?
Faham akan setiap perkataannya?
Ya Allah, terasa jahilnya diri aku.
Setiap hari baca Al-Quran, tetapi masih belum faham akan maksud ayat-ayatNya, walaupun membaca beserta terjemahannya.

Pabila Ustaz cakap macam tu, serious talk aku rasa jahil sangat.
Aku rasa macam bersalah sangat.
Bersalah pada Allah, Rasulullah, keluarga dan bersalah pada diri.
Aku rasa macam, aku masih tak layak lagi untuk masuk Syurga Allah.
Membaca al-Quran dan memahami Al-Quran itu perkara yang sangat berbeza.
Berapa perkara yang kita benar-benar faham tentang ayat-ayat dalam al-Quran?
Allah... Semakin disenaraikan, semakin rasa jahilnya aku.

Dan kerana itu juga, aku rasa lebih yakin untuk belajar bahasa Arab walaupun sebenarnya sebelum ini aku berbelah bahagi sama ada nak ambil Arab atau Jepun.
Moga ini adalah pilihan yang terbaik untuk aku.
Moga Allah permudahkan segalanya. Amin.
Doakan aku.

#iniceritaaku

Wassalam~

7 comments: