Nuffnang Ads

Sunday, September 13, 2015

Ambil Tanpa Kebenaran?

Assalamualaikum.

Hari tu, aku tergerak hati untuk melihat buku secara online di salah sebuah akaun instagram ni.
Tiba-tiba aku ternampak satu gambar hasil tangan aku diambil tanpa kebenaran.

Gambar ini.
Sebagai seorang jurugambar yang tak professional, aku juga ada hak aku.
Dia menggunakan gambar ni untuk menjual buku #Chenta ni dalam instagram dia.
Aku agak terkejut pada mulanya.
"Macam aku kenal gambar ni."
Yelah, siapa yang tak kenal hasil tangan sendiri kan.

Aku tak kidah orang nak guna gambar aku. Tak kena bayar pun kalau nak guna.
Tetapi, sekurang-kurangnya bagi tahu.
Kalau tak bagitahu pun tak apa, at least bagi kredit.
Sekiranya tak tahu juga, aku mohon, jangan buang watermark aku kat bawah tu.

Aku sedikit tidak puas hati pada dia sebab dia crop bahagian watermark aku dan letak watermark dia.
Aku tak nak la post kat sini, sebab dia pun cari rezeki halalkan.

Sebelum aku ambil tindakan, aku tanya kawan-kawan jurugambar aku.
Diaorang cakap kena ambil tindakan.
Aku fikir baik-baik.
Sebab aku pun kasihan lah juga pada dia sebab dia pun nak cari rezeki juga.
Akhirnya aku whatsapp dia, tanya baik-baik mana dia dapat gambar ni.
Dia pun cakap kat internet.
Dia minta maaf sebab guna tanpa kebenaran dan dia decide untuk delete gambar tu.
Pada aku, tak perlu nak delete sebab dia pun dah admit salah dia kan.
Tapi, dia pun delete gambar tu.

Aku tahu aku buku jurugambar yang professional, tapi aku sayang gambar hasil tangan aku.
Nak deal dengan aku senang je.
Minta kebenaran yang guna gambar, and then dah.
InsyaAllah aku akan bagi. ;)
Okay?

Wassalam~

10 comments:

  1. biase gambar2 ni memang ambik dlm gugel... tapi xpernh lagi la kite buang watermark gmbr org

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah pasa. kalau xbuang watermark syaza xkisah pun. ;)

      Delete
  2. memang tak patut buat gitu sampai buang watermark orang

    ReplyDelete
  3. jom join GA ni..rm200 menanti anda!

    http://nasuha-itsmyessay.blogspot.my/2015/09/giveaway-rm200-by-mkhaicom-2015.html

    ReplyDelete
  4. lepas ni kalau nak cari gambar, kene pastikan betul2 hakcipta die cane.. kalau nak amek pun janganlah edit ke crop ke.. kita pun kenalah hargai hasil usaha orang lain kan.. :)

    ReplyDelete
  5. atleast credit kepada owner asal gambar. kalau jumpa kat google letak notakaki sumber gambar: google

    ReplyDelete
  6. Wahhhhh ada bakat ni sampai boleh jumpa amik kat google :D

    ReplyDelete